6.12.11

Geologist


Yeah, masa untuk SuperDuper SCIENCE.


  Apa itu Science? Science is the systematic study of nature to understand how it affects our lives and the environment.


  Terdapat banyak careers yang melibatkan science, tetapi ada satu career yang menjadi tumpuan saya atau lebih dikenali sebagai cita-cita iaitu Geologist.


  Antara yang menjadi kajian ialah tanah runtuh, tanah jerlus dan tanah atau jalan raya mendap. Ahli geologi akan mengkaji dan meneliti punca kejadian serta menyiasat dan menilai struktur bahan, kekuatan tanah dan keadaan bawah permukaan tanah. Aspek persekitaran yang terdapat di kawasan kejadian juga dikaji untuk mencari jawapan punca kejadian. Selain itu, ahli geologi mengkaji mengenai evolusi kehidupan di planet bumi serta yang terkini, mereka turut membuat kajian mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit.


  Syarikat petroleum dan cari gali petroleum seperti Petronas memerlukan ahli geologi. Sektor lain yang menjadi laluan kerjaya ini ialah kejuruteraan awam, perlombongan, pengkuarian dan geteknik. Di sektor ini, ahli geologi akan terlibat dalam projek lebuh raya, lapangan terbang, empangan dan bangunan tinggi. Di sektor awam pula, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan Kajibumi atau sebagai pensyarah. Sekian.



YEAH!! I Love Geologist .
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov