Ana tak tahu nak cakap macam mana. Bila anti cakap pasal 3 syafie, hati ana betul betul rasa macam macam Tak dapat nak dikatakan. Jadi hari ini saya akan cakap mengenai 3 Syafie jugak :)
Sebelum sekolah seriously ana tak rindu 3 Syafie langsung. First day sekolah, ana dapat tahu ana kelas 4 SAL dan ana masih tak rindu 3 Syafie. Hari yang kedua, hari pertama belajar dalam kelas, walaupun kelas senyap dan sunyi, ana masih juga tak rindu kelas 3 Syafie. Bagi ana hari first belajar senyap, itu adalah perkara biasa mungkin lepas ni diorang akan bising. Tetapi hari ke-2 dan ke-3 belajar , mereka masih tetap senyap. Hari yang ke-4, bila nak melangkah masuk kelas tu, ana rasa, ana rasa, ana rasa, macam nak menangis sebab ANA RINDU 3 SYAFIE. Ana rindu sangat sangat budak-budak 3 Syafie dan suasananya.
Kelas yang dicat biru oleh budak 3 Syafie,
pembalut meja Teddy Bear dibeli oleh budak 3 Syafie,
Tiles berwarna kelabu gelap,
Langsir berwarna kelabu cair dan putih dibeli oleh budak 3 Syafie,
Kedudukan meja yang disusun oleh budak 3 Syafie,
Jadual waktu dan tugasan yang dibuat oleh budak 3 Syafie,
Nota yang dibuat oleh budak 3 Syafie
dan Kebisingan 3 Syafie.
dan Kebisingan 3 Syafie.
Kalaulah ana diberi satu peluang untuk bersama satu kelas dengan 3 Syafie walaupun sehari, ana akan guna sebaik-baik yang mungkin peluang itu.
Ana akan tangkap gambar 1 kelas,
Ana akan sapu sampah,
Ana akan lap tingkap,
Ana akan lap tingkap,
Ana akan susun meja,
Ana akan datang awal ke sekolah dan sambut budak 3 Syafie,
Ana akan meriahkan lagi 3 Syafie,
Ana akan buat nota dan tulis kat bawah kertas 'Perakman' dan tampal,
dan banyak lagi yang ana nak buat. Banyak Sangat, Terlalu Banyak, Amat Banyak sebab ana terlalu rindukan 3 Syafie.
Maaf saya katakan, Saya Tak Boleh Nak Terima Kelas Baru Saya Lagi. Tetapi saya tahu bahawa satu hari nanti saya tetap akan terima kelas itu, hanya menunggu masa. Insya Allah.