4.1.12

Siapakah Kita?




Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak tahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
    
Siapakah orang yang sibuk?
Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat  akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

 Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  sentiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja  yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal-amal  kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadah tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov