10.2.12

Kelas yang Menakutkan

Saya Depressed, Saya Depressed sangat, 
di Kelas,
Terutamanya tadi sebab Aseeyah tak datang.

Saya datang lambat, itu perkara biasa.
Masuk kelas belajar Add Math.
Tiba-tiba Ustaz Abi tanya 'mana?' sambil tunjuk ke arah meja Aseeyah.
Saya baru perasan dah pukul 8 kenapa dia tak datang lagi.
Selepas saat itu, saya belajar sambil jenguk-jenguk kat bawah,
mengharapkan dia datang ke sekolah.

Setelah sekian lama saya menunggu, Aseeyah tetap tidak muncul.
Saya Patah Hati.
Saya tak ada kawan untuk duduk sebelah saya,
Saya tak ada kawan untuk cakap kat kelas,
Saya tak ada kawan untuk bergurau senda di kelas,
Saya tak ada kawan untuk untuk teman saya,
Saya tak ada kawan untuk.......

 Lepas Husna pindah,Saya selalu dengan dia
Entahlah, mungkin sebab saya kelas sama dengan dia dan pakej sama
atau mungkin saya dah kawan lama dengan dia.

Disebabkan saya Alone
jadi, saya berpindahlah ke meja sebelah 'Orang',
mengharapkan saya ada kawan untuk berbual
tetapi sebaliknya,
'Orang' tu tak cakap langsung dengan saya, dia hanya layan kawan sebelah dia
Setelah 7-8 tahun kita kelas bersama,
Anti memang seorang kawan yang BAIK!!

Saya rasa macam terpinggir, rasa macam di dunia sendiri, 
rasa macam di pulau yang berada di tengah-tengah lautan, 
rasa macam di atas gunung, rasa macam KOSONG sangat.
Saya tak pernah rasa macam ni sebelum ni.

Aseeyah Please, 
Jangan Tinggalkan Ana Seorang Diri di Kelas yang Menakutkan itu.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov