13.4.12

Budak tak Matang

Benda yang tak dapat dilupakan.

MPT5 :)

Kisah budak tak matang.

First time saya di amanahkan untuk sesuatu jawatan.
Saya terlalu excited dan agak nervous,
sebab saya tak tahu apa-apa.

Lepas sarah k terangkan, baru Ooohhh.......

Saya ada masalah dengan seorang budak ni,
Seriously!!
Bila time perlukan dia, masa tulah dia menghilang.
Betapa banyaknya saya marah dia
dan dia pun dah lali~

Tapi bila ingat balik, terlalu kelakar.
Kisah budak tak matang.

Saya bahagi tugas dengan ketua.
Saya bersama kawan-kawan pentas yang lain
ditugaskan untuk design pentas,
Sebab dia seorang sahaja, agak awkward untuk ajak dia design bersama.
Kitorang designlah ikut suka hati.

Tahun kitorang agak special sebab kedudukan pentas diubah 90 darjah dari tempat biasa.
Agak susah untuk design.

Design Asal:
1. Kain rentang yang dihias sendiri (background pentas)
2. Ada carpet di tempat penonton.
3. Ada ranting dan daun (pentas)
4. Batu rapat-rapat (red carpet)

Disebabkan ada masalah teknikal, above 50% design kitorang berubah.
1. Banner.
2. Ada tiang tak boleh nak letak carpet.
3. Takut tercedera dan agak bersepah.
5. Red carpet panjang sangat, luar jangkaan. Batu tak cukup jadi terpaksa jarak-jarakkan, letak bunga hidup dan plastik.
6. Tambah bunga kayu untuk hiasan. Tak jangka langsung benda ini akan digunakan.
7. Tambah bunga diperbuat dari kertas dan diletak di kerusi.

Kitorang perlu batu hitam.
Disebabkan batu kelabu jadi batu dibalut dan dicat.
Kesian batu tu, tak silap masih ada kat stor lagi kot.
Tak sempat nak cabut pembalut dia.

Kitorang duduk kat satu tempat dan cat batu bersama-sama.
Tidakkah itu terlalu sweet?
Hahahaha, seriously merepek habis.
Fana kahwin setiap minggu O.o

Tibalah masa saya terlalu terlalu dan terlalu sibuk.
Tak sempat nak buat perhiasan pentas.
Saya terharu, apabila ramai sangat orang tolong.
Tanpa diorang sampai bila-bila pentas tu tak siap.
Saya tak sempat nak berterima kasih dengan diorang.

Keesokan harinya, tiba hari kemuncak MPT5.
Saya terlalu terkejut apabila pentas besar sangat dan kukuh.
Serious, Tak Tipu!!
Saya perasan bila 1 batch f5 perform kat pentas, muat dan tak roboh.
Tahun-tahun sebelum ni, baru seorang yang overweight naik, pentas tu dah mula buat bunyi.

Cikgu Sakinah cakap ramai cikgu puji pentas mpt5 2011 cantik dan lebih cantik dari pentas sebelum-sebelum ni :)
Tak terkata betapa gembiranya saya apatah lagi kawan-kawan pentas dan orang yang terlibat dengan MPT5.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SEMUA ORANG!!
dan Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana majlis dapat berjalan dengan lancar :)
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov