Tak payah nak nangis sangatlah,
baru Allah uji sikit,
Bersyukurlah dengan ujian, kerana pasti ada hikmah disebaliknya :)
Allah nak uji iman kita jadi bersabarlah :)
Tahan sikit, tak payah nak lemah sangatlah!
Perempuan itu lemah lembut tetapi bukannya suruh nangis setiap masa.
Jadilah seorang perempuan yang lemah lembut diluar, tetapi kuat didalam.
Dengan itu, Allah pasti akan lebih sayang kita :)
F4, tahun yang kita rasa nak bercinta -cikgu-
Saya setuju dengan kata-kata cikgu.
Bercinta itu tidak salah tetapi bercinta selepas kahwin itu adalah lebih sweet, bukan?
Dan bukankah, cinta kepada Allah itu adalah cinta yang abadi :)
Kepada muslimin dan muslimat, jagalah pandangan anda.
Pandangan pertama itu rezeki dan pandangan seterusnya boleh membawa kepada zina.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32).
Jangan risau pada suatu hari nanti pasti anda dapat berjumpa dengan jodoh anda.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….” (Surah An-Nur : 26) :)