Persiapan berjalan dengan baik, InsyaAllah.
Jadi hari ini saya akan bercerita mengenai persiapan Hari Guru.
Sehari sebelum Hari Guru.
Pagi
Saya dan Fatin check stor. Lepas check saya pergi kelas Fizik, Fatin tolong Safwah dengan Eiffel Tower.
Lepas kelas Fizik, 10 pagi, saya minta tolong banin bersihkan tempurung kelapa memandangkan mereka tak ada kerja kerana kerja mereka bermula setelah f3 tamat peperiksaan iaitu membuat pentas.
Konklusinya : Tak ada kerja sangat.
Tengah hari
Banat memang busy tahap tinggi buat barang untuk hiasan pentas kat 4 Sal.
Banin datang 4 Sal dan bagi tempurung kepala yang sudah dibasuh dan dijemur dalam plastik hitam kepada saya. Saya tak buka plastik hitam tersebut sebab tak sempat.
Koklusinya: Banat sibuk.
F3 tamat peperiksaan, Kelas f3 kosong sebab f3 angkat meja dan kerusi ke tingkat atas. Saya cari banin untuk memaklumkan kepada mereka bahawa kelas f3 kosong dan boleh memulakan kerja mereka. Mereka memberitahu bahawa mereka akan memulakan selepas zohor.
Petang.
Banin baru mula buat pentas dan terdapat beberapa masalah. Setiap kali saya tanya kenapa tak siap lagi, mereka jawab tengah cari barang. Saya pergi ke surau dan saya nampak banin tengah baring. Hanya Allah sahaja yang tahu, perasaan saya ketika itu. Setelah 4 jam, pentas pun siap.
Cikgu Sabariah datang melawat pentas dan terkejut kerana hiasan pentas satu hapak tak ada. Cikgu nak buat macam mana, pentas baru siap :)
Cikgu dengan baiknya telah membantu kami dengan hiasan pentas. Red Carpet dengan sepantas kilat siap dengan bantuan cikgu :)
Malam.
Banat siapkan Hiasan kerusi dan banin semua hilang~
Pengarah? Bendahari? Setiausaha? Ajk Pentas? Hello! Dimana anda semua?! Anda telah menghilangkan diri dari petang iaitu ketika Cikgu Sabariah datang dan sehingga saya balik.
Banner sampai pada malam itu. Ajk peralatan dan beberapa banin yang ketika itu ada latihan nasyid membantu menggantung banner. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa marah dan malunya saya ketika itu. Marah sebab Mana dia?
Malu sebab orang lain yang kena buat kerja dia. Kalau masa tu dorang tak ada latihan nasyid, memang pentas akan siap.
Pukul 10 malam saya balik ke rumah dengan perasaan marah.
Keesokkan harinya, Hari Guru berjalan dengan lancar.
Dan ramai yang kata kat saya yang mereka rindu MPT5.
Sebenarnya, saya pun rindu MPT5. Rindu Sangat Sangat. Setiap kali korang cakap macam tu, Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya :) JAP KENAPA TIBA-TIBA RASA MACAM NAK NANGIS
Konklusinya: RINDU MPT5!!!!!!!!!!!!