Bismillah, Setiap orang mempunyai past, baik mahupun buruk. Jangan sesekali judge orang diatas kesilapannya yang sekali itu. Kesilapan itulah menjadikan seseorang itu lebih baik.
Kisah saudara seislam,
Pada beberapa tahun yang lepas, dia ada buat sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sesuatu yang balasannya amat besar dan sering disebut dalam al-quran dan hadis. Satu sekolah tahu cerita dia. Ramai yang pandang rendah dan buruk dengan dia, mengumpat mengata apatah lagi. Dia dapat banyak pahala free. Saya InsyaAllah tak tergolong dalam golongan tersebut, sebab saya jenis tak ambil kisah. Ketika itu dia tergolong dalam golongan budak bermasalah. Tahun itu merupakan tahun yang teruk bagi dia. Tetapi! Pada suatu hari, dia berubah. Berubah kepada yang lebih baik secara mendadak. Dia dikenali dengan sifat kepimpinan dan kewibawaan. Seorang yang tegas. Seorang yang berani bercakap di hadapan. Seorang yang bertanggungjawab. Seorang yang baik. Seolah-olah menjadi seorang yang Perfect. Pada saat itu, sejarah buruknya tidak dicerita dan menjadi bualan orang. Dia dihormati ramai dan dipandang tinggi sehingga ke hari ini. Subhanallah. Dia akan sentiasa dikenang dengan sifat kepimpinannya. Dan kebanyakan orang yang berkepimpinan, mempunyai sejarah silam yang buruk kerana mereka belajar dari sejarah tersebut. Kata-kata dia amat mendalam dan amat menyedarkan diri saya yang sering lupa kepada Maha Pencipta, Allah.
Saya sering berkata kepada diri saya, saya ingin berubah kepada yang lebih baik tetapi setiap kali saya ingin berbuat demikian, banyak dugaan dan ujian datang. Perasaan, Pelajaran, Kawan, Keluarga dan banyak lagi. Sehingga saya rasa terlalu penat untuk berubah. Tetapi ada seseorang berkata, Kita tak kenal erti penat lelah ,jika kita ingin menegakkan agama Islam. Siapa yang akan menegakkan agama Islam, kalau bukan kita? Mengharapkan pencuri, penagih dan orang yang dikenali sebagai sampah masyarakat untuk menegakkan Islam? Tidak akan sesekali mereka berbuat demikian! Saya akan berubah yang lebih baik untuk menegakkan agama Islam. Bersusah susah dahulu di Dunia, bersenang senang di Akhirat. Rehatlah selama lamanya di Syurga :)