Assalamualaikum,
Selamat pagi. Memandangkan hari ini hari Ahad so saya nak cerita apa yang berlaku dalam minggu ni. Hari rabu petang ada perlawanan Netball yang di handle oleh saya, Basitah, Farisah dan Che Siti Aisyah. Husna dan Sarah N pergi debat. Farhana dan lain Post Mortem XPDC. Sepanjang waktu persekolahan Fikiran saya It's All About Netball. Macam mana nak jadi referee yang adil? Siapa yang nak uruskan bahagian itu? Agihkan position untuk kump. f4 and so on.
Rehat kedua, pergi jumpa pemain f4 tanya nak position apa. Ini memang banyak conflict. Tak perlu nak cerita. Biarlah saya sorang sahaja yang tahu kebenarannya. Saya mangsanya, jadi pengajaran yang boleh didapati adalah dengarlah cerita kedua belah pihak sebelum membuat keputusan.
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan sebenarnya, yang menyebabkan (akhirnya) kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujurat : 6 )
Sejujurnya saya cakap saya stress teramat hari itu. Soalan yang sering bertanyakan 'Kenapa saya rasa seperti saya uruskan semuanya?' 'Kemana semua orang?'. Dan ada benda yang berlaku blah blah and blah. Pengakhiran cerita ini, Netball ditunda ke minggu depan. Yeah i'm lovin it. Diatas beberapa sebab. Terima kasih kawan kerana anda memang memahami saya.
Saya lupa nak bagitahu hujan turun pada hari itu setelah sekian kian lama tidak membasahi tanah air. Hujan itu rahmat dan saya percaya. Ia membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian ke atas bumi kita. Dimana kita akan dapat sumber air kalau tiada hujan. Selain itu, kebanyakan pekerjaan memerlukan tanah yang subur seperti pekebun dan hujan menyuburkan muka bumi. Akhir sekali, hujan juga membawa bencana seperti banjir yang berlaku di beberapa negeri. Tetapi, bencana yang datang bukan hanya membuat duka semata mata. Ianya membawa mesej seribu makna.
Itu sahaja, sekian.
Wassalam.