22.7.12

Public

Assalamualaikum,
Jadi pada pagi yang gelap ini saya meng update blog.
Inilah akibatnya apabila terlebih tidur di siang hari
Oh No, adakah ini buatkan saya menjadi seperti burung hantu?
Tidur di siang hari dan segar di malam hari.
Dah, Stop about the burung hantu. I'm Human. Sudah terang lagi bersuluh.

Apabila kita tegur seseorang secara open ditempat public kita tidak sedar itu membuka aib orang itu.
Sebelum ni saya tegur A kerana dia tegur kawan saya ditempat public. Kawan saya terasa dengan kata katanya. Dia minta maaf kerana itu kesilapan dia menegur secara open. Dia pun luahkan kepada saya tetapi saya tak dapat berikan jawapan yang diharapkannya, Maaf. Saya tahu dia marah ketika itu.
Tetapi beberapa hari yang lepas, di akibatkan saya tak dapat menahan marah saya setelah beberapa tahun saya menahannya. Hanya Dia Dia dan Dia. Saya tegur B ditempat public. Dalam beberapa minit saya delete  post tersebut kerana saya merasakan saya patut delete. Tak ada sebab yang spesifik. Bila saya fikir balik, saya telah membuat sesuatu yang saya sendiri tegur orang yang membuatnya. Saya minta maaf kepadanya. Tetapi ada sesuatu yang saya dapat rasakan ketika itu, sehingga hari ini saya dapat rasanya iaitu perasaan  A  yang menyebabkan dia tegur kawan saya secara open. Mungkin ketika itu dia sama seperti saya, tidak dapat menahan kemarahan.

Bersabarlah saat menghadapi orang lain, kerana tanpa kita sedari, kita pun telah banyak menuntut kesabaran dari orang lain.


 Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov