Bismillah, Assalamualaikum.
Susah nak nyatakan perasaan sekarang. Pengarah dan timbalan tak ada , jadi orang dibawahnya iaitu SU kena pikul 2 tanggungjawab. Hari first timbalan pengarah tak ada dah huru hara.
Esoknya meeting kalau ikut perancangan .Tiba-tiba petang tu, Cikgu Am tunda meeting esok pada lusa. Saya penat sangat sebab pagi tu ada program, jadi saya tidur petang sampai nak masuk isyak dan phone habis battery. Bangun dan buat perkara yang patut. Setelah selesai, pergi charge phone. Ada banyak mes. dan missed call. Gelabah pergi on fb, bincang segala bagai. Akhirnya setelah hampir sejam, masalah pun selesai. Ada orang call, dia tanya "Esok ada meeting tak?semua tengah pening ni . . .". Fb pulak "Kenapa tak jadi esok?". . . Ketika itu, saya sedar betapa beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang ketua.
Kesilapan itu juga, saya sedar saya bukan ketua yang baik. First day dah huru hara. MAAFKAN SAYA. Saya malu dengan diri sendiri. Berat sangat yang perlu saya pikul. Tiba tiba tanggungjawab ini saya perlu pikul, tak terkata betapa terkejutnya. Ketua kumpulan saya selalu tak dapat hadir meeting sebab ada hal keluarga. HAHA. Selain itu, Cikgu Am suruh buat itu ini memandangkan saya SU.
Cikgu Am suruh saya ke depan, saya terkejut dan takut sebab itu pertama kali cikgu panggil saya dan kena pulak dalam nada serius, Aduh. Pergi depan berpeluh peluh, perasaan takut menyelubungi diri. Cikgu cakap "Cikgu nak borang, miinit mesyuarat setiap kali mesyuarat. . .". Ketika berjalan menuju kembali ke tempat duduk, rasa nak menangis. Takut dengan cikgu dan haih seperti biasa kerja kerja dan kerja. Mengeluh pun apa guna, apatah lagi menangis. Life must go on no matter what!
Saya harap anda dapat memahami keadaan saya sekarang agar anda tak terkecil hati apabila saya tiada masa untuk mendengar keluhan anda. Dan sebenarnya dengan post ini saya ingin meminta bantuan anda. Ini pertama kali saya menjadi ketua atau 'ketua sementara', jadi saya harap anda dapat memberikan tunjuk ajar kepada diri ini.