10.12.12

Anda anda

Assalamualaikum,

Hari yang sukar buat saya, tapi saya mengaku itu salah saya juga.

At the first place, kenapa saya pilih anda untuk menyampaikannya?
Saya salah, sepatutnya saya pilih orang yang sepatutnya yang lebih dekat atau apa apa selain daripada anda.

Saya menyesal kerana masih percayakan anda
Saya menyesal kerana masih mengharapkan anda
Saya menyesal kerana memberi anda peluang kedua
Saya menyesal kerana ingatkan anda bukan seperti dulu
Saya menyesal kesemuanya. . .

Anda pernah rasa kecewa?
Mungkin belum lagi, tapi janganlah buat seseorang itu kecewa sangat sampai hilang kepercayaan.

Kenapa maaf anda mahal?
Kadangkala dengan maaf, terubat sedikit rasa kecewa.

Kenapa anda susah nak dibawa bincang?
Anda sanggup korbankan tidur dan wang anda, semata mata kerana perkara lain. Perkara yang sering diperingatkan agar dijauhi.

Kenapa anda tidak pernah ucapkan terima kasih?
Mungkin anda tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan terima kasih.

Kenapa semuanya hanya mengharapkan saya?
Adakah saya seorang sahaja yang pegang amanah tersebut?!

Kalau saya cakap benda ni semua kepada anda, macam anda dengar. Lebih baik bercakap dengan skrin.

Selama ini saya memberi teguran, anda mengatakan itu 'hentam'. It's up to you, people.

Saya sebenarnya terkejut dengan tindakan anda, adakah kamu akan buat begitu pada. . .?
Terkejut dan terluka adalah benda yang berasingan. Hati ini tak terasa apa apa tetapi hanya tertanya.

Adakah kamu marah kerana penat? atau sebab lain.

Maaflah untuk anda, saya sudah tabahkan hati saya semenjak hilangnya kepercayaan kepada anda. Macam macam boleh berlaku apatah lagi melibatkan anda.

Terima kasih kerana mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan :)

Dan sejak akhir akhir ini, kata kata anda dan saya hanya diisi dengan 'maaf'. InsyaAllah inilah penghujungnya.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov