Assalamualaikum, Bismillahhirrahmanirrahim
Lusa merupakan permulaan kelas tambahan dan juga permulaan sekolah. Maka bermulalah zaman tingkatan 5 bagi saya dan rakan rakan seperjuangan. Peperangan dalaman akan bermula. Dimana yang kurang rajin akan memaksa diri menjadi rajin, yang bermain akan memaksa diri menjadi serius, yang ketinggalan akan memaksa diri untuk mengejarnya kerana kami Nineteenth96 akan menghadapi peperiksaan yang penting. Peperiksaan yang akan menentukan hala tuju masing masing, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.
Ya Allah, sesungguhnya saya masih tak percaya bahawa diri ini, yang merasa seperti baru masuk ke alam sekolah menengah akan mengambil SPM. Dulu, bila tengok kakak dan abang yang akan menghadapi SPM semuanya matang dan dihormati seperti kak Khalilah dan Kak Diyanah, tetapi bila saya. . . iaitu saya yang akan gantikan tempat mereka, Ya Allah saya belum bersedia. Belum bersedia untuk menjadi contoh kepada adik adik. Belum bersedia untuk mengambil peperiksaan penting. Belum bersedia untuk meninggalkan rakan seperjuangan. Belum bersedia untuk meninggalkan alam sekolah menengah. Belum bersedia untuk memikirkan mengenai masa hadapan. Masa hadapan? Kadangkala dengan hanya perkataan 'Masa Hadapan' membuatkan saya takut, ujian yang berat pasti akan saya lalui tetapi mampukah saya? Bersediakah saya? Bersabarkah saya? Ya Allah.
Perpisahan perpisahan perpisahan perpisahan perpisahan pasti akan berlaku. Ustaz yasir pernah berkata 'Tangisilah setiap perpisahan itu'. Setiap yang berlaku itu, hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Hari ini saya berceritakan tentang perpisahan, adakah esok saya akan bercerita tentang perpisahan yang sama seperti semalam? Tidak. Mungkin saya akan bercerita tentang perpisahan tetapi tentang hal lain. Hari ini kita merepek di twitter mengenai baling perut kucing, nama eram tercipta adakah esok kita akan mengulangi perkara yang sama lagi? Tidak. Mungkin kita akan merepek tetapi mengenai hal lain. Masa, keadaan dan tempat akan berbeza. Jadi tangisilah sepuas puasnya dan setelah itu bangkitlah menjadi seorang yang kuat untuk hadapi ujian seterusnya.
Pasti saya akan berpisah dengan kawan sekelas ku yang pelik. Pasti saya akan berpisah dengan kawan setia netball ku. Pasti saya akan berpisah dengan kawan sememory ku. Pasti saya akan berpisah dengan kawan mengambil berat tentang ku. Pasti saya akan berpisah dengan rakan rakan seperjuangan ku yang lain. Susah senang kita bersama. Terima kasih kerana menerima saya seadanya :)
Cukuplah mengenai perpisahan buat hari ini. InsyaAllah, di lain hari saya akan sambung :)