Assalamualaikum, bismillah ๐
Sejak kebelakangan ini banyak benda yang saya sendiri tak tahan dan tak faham.
Sensitif
Sifat yang sentiasa dikaitkan dengan perempuan. Sensitif ada beberapa cabang antaranya, sensitif terhadap isu semasa dan sensitif terasa.
Tak salah untuk sensitif tetapi yang menjadi kesalahan apabila sensitif melebih. Hanya sekadar tidak layan apa yg diperkatakan kerana sedang melayan kerenah orang lain jadi dia pun merajuk. Oh Myy. Hanya sekadar tidak buat apa yang disuruh, jadi dia pun merajuk. Hanya sekadar tidak setuju dengan pendapatnya, jadi dia pun merajuk. Hanya sekadar tidak memberi pinjam barang, jadi dia pun merajuk dan berkata 'kedekut'.
Ya Allah, pada mulanya memang masih boleh tahan tetapi bila lama lama maaflah saya sengaja membuat tak tahu yang anda sedang merajuk. Bagi saya sensitif melebih dan panas baran adalah perkara yang sama. Jikalau anda fikir orang yang panas baran perlu berubah, sama juga dengan orang yang sensitif melebih.
Berkata baik
Pinjam barang dan minta tolong. Kadangkala kita tak boleh nak bantu dan pinjamkan barang atas sebab tertentu. Di sini berkata dengan baik yang anda tak boleh berbuat demikian. Bagi saya tak beradab seseorang itu dengan sekadar berkata 'tak' setelah orang itu meminta dengan secara baik. Tambahan pula, lebih tidak beradab apabila ia hanya sekadar kepentingan diri sendiri!
Maafkan lah ana kalau ada sesiapa yang terasa. Saya tidak tujukan ini hanya kepada seseorang tetapi untuk semua orang termasuk diri saya sendiri. Pada waktu inilah masa untuk bermuhasabah. Berubahlah kepada yang lebih baik dan sebagai seorang Muslim adalah tanggungjawab kita untuk saling menasihati
dan saling mengingati agar boleh tunjukkan contoh yang baik, InsyaAllah ๐ต