Esok permohonan upu dibuka. Yay! berlakon excited. Tentang perkara macam ni saya tak perlu berfikir panjang. I have my brother. Maka , ikut jejaknya. Tak ke mudah.
Apabila ada orang bertanya kepada saya 'Lepas ni nak sambung course apa?'. Saya jawab dengan pantas 'Ikut abang je'. Jawapan paling mudah.
Tetapi apabila difikirkan,
Adakah itu yang ku inginkan?
Adakah itu yang terbaik untuk ku?
ke atau pun kerana saya tidak mempunyai cita cita.
Selama hampir 17 tahun 2 bulan saya hidup, (usia semakin lanjut) cita cita saya sering bertukar. Antara cita cita saya ialah Pelukis, Pensyarah, Doktor. . . Buat masa ini saya masih tidak terfikir untuk menjadi seorang peguam dan guru, Alhamdulillah.
Saya membuat kesimpulan mudah, mungkin cita cita saya datang lambat dan itu merupakan yang terbaik untuk saya , Amin :)
Bersyukurlah kepada sesiapa yang mempunyai cita cita, semoga ia tercapai dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, InsyaAllah !
rindu suara safwah, dan kaca matanya
classmate yang setia