15.8.16

Broga

Setelah berbulan bulan berkeinginan nak mendaki bukit broga,
Akhirnya pada 10/8/2016 mission accomplished

Sebelum ni selalu ajak kawan iaitu husna, ummu (selalunya cuti sama) pergi broga, tapi sentiasa ada halangan

So atas usaha saya yang mengajak dan memujuk diorang masa karnival sekolah hari sabtu lepas lepas.

Bincang bincang kitorang putuskan nak pergi hari rabu.
Broga weekend ramai sangat orang, ramai nasihatkan pergi weekdays hanya berdasarkan blog semata-mata
Kalau ada yang tak tahu, rujuk kepada ummu memandangkan dia dah pergi dia tengok sunrise tu

Muncullah satu group BROGA everybody!! so i'm the admin dengan bangganya, ini semua poyo
takdalah sebenarnya semua orang admin

Ajak ramai orang tetapi kebanyakkan kerja. Seriously penat merancang semua benda ni, memandangkan saya ketua (oh saya lantik diri sendiri sebagai ketua HAHAHAHAH, lawakkan),
kadangkala best buat benda di luar jangkaan macam lantik diri sendiri, it's quite funny actually, dah gelak banyak kali sebenarnya.

Yay, hari yang ditunggu tunggu telah tiba,
semua jumpa kat tangga uia, naik kereta husna memandangkan ada 5 orang sahaja
BROGA HERE I COME!!

Latifah yang memandu, ohhh pandai jugak dia pandu, tenang tak macam diri dia yang biasa
Husna tengok waze, dia banyak kali cakap dia tak pandai baca map
disebabkan saya tak pernah jumpa sendiri orang yang tak pandai baca map,
jadi saya macam tengok waze je, mesti dia boleh
Perjalanan pergi broga, selamat sampai
tetapi perjalanan balik kitorang berpusing pusing tempat yang sama, sumpah lawak
Cheras ke KL ke Cheras
Saya belajar sesuatu, kalau seseorang tu kata dia tak pandai baca map, percaya kata-kata dia 

Dah sampai tempat parking bayar rm3, START mendaki
Masa naik banyak kali berhenti tangkap gambar, orang yang turun ramai yang gelakkan kitorang,
lagi sikit nak sampai puncak, terserempak dengan seorang pakcik.
Pak cik tu bawa pelajar U pergi panjat gunung, banyak gambar gunung dia tunjuk.
Dia kata dia akan pergi gunung nuang dalam minggu tu bawa pelajar universiti, dia ajak sekali kitorang kalau nak ikut.
Saya memang nak ikut kalau stamina saya macam dulu masa sekolah, tapi ni panjat bukit broga bukan pangkat gunung sampai puncak dah pancit macam apa
Masa baru nak turun lagi pancit, kaki dah menggeletar macam apa, 
latifah aminah siap gelak lagi tengok kaki eden hahahahaha
Latifah ikut pergi gunung nuang



Ni masa berehat, tak sampai lagi puncak

i redha

yay dah sampai puncak

Belakang tu lagi satu puncak, tapi semua tak larat.
Saya macam kena cut and paste kat belakang tu,
ada orang kata macam jelmaan hahahaha lawakkan

Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov