13.3.20

Bangun lambat

Hari khamis iaitu 2 hari lepas, kitorang kena pergi PPUM, dijadualkan untuk naik bas di UiTM Selayang pada pukul 6.50 pagi

Dijadikan cerita saya bangun pukul 6.50 pagi!
Y call saya,
Y : Dina kat mana?
Me : Kita baru bangun!!
Y : Oh ye ke, cuba tanya Z, dia pun tak gerak lagi

Saya pun call Z, dengan tangan menggeletar + palpitation, Z pulak tak angkat call
masatu saya macam kenapa dia ni tak angkat call, nak menangis dah sebab anxious sangat
Call housemate dia, tapi Z kat tandas pulak
Selepas beberapa minit, call Z balik, dia angkat
Me : Z kita baru bangunnnn 😭

Aduh kelakarlah pulak ingat balik, setiap kali lambat mesti jumpa orang yang sama

Z : Aku nak naik motor, takut jem
Me : Naik kereta lah , kita nak ikut sekali
Z : Tapi aku nak naik motor, takut tak sempat
Me : Mana boleh, kita nak ikut sekali, naik keretalah
Z : Aku nak bawa motor, kl jem
Me : Haaaa kalau macm tu ajommm, jom naik motor. Letaklah bantal beg semua kat tengah tengah tu, jom (dah geram sangat)
Z : Kau ni biar betul Dina, mana bolehh

Z: Aku pergi naik motor, tapi bawa log book kau sekali
Me : ...........(terdiam beberapa saat) Z jangan macam ni, tak baik lahh

at the end dia pun setuju pergi dengan kereta, tapi naik kereta saya

Dalam kereta, bergaduh sepanjang perjalanan
sebab dia asyik asyik tunjuk jalan salah,
memang sampai saya berhenti di tengah tengah antara pencabang jalan.

Z : Dina kanan lah
Me : Kirilah
Z : kanan lah
Me : Betullah kiri
tiba tiba kereta banyak hon sebab kereta saya halang kereta lain nak masuk lorong tu hahahhahahah
Me : Z cakap betul betul, kanan ke kiri
Z : tu tu (tunjuk ke belah kanan)
Me : *pusing stereng ke kiri, dan yup saya betul

dan banyak lagi
hahhahahahahahahha ini sahaja cereta kelakar daripada saya

Nak habis degree, and i know i will miss my degree moment
Tengah busy membuat memory banyak banyak dan berharap boleh mengingatinya
Kali ni je boleh bahagia dengan kawan kawan

Terima kasih semua untuk memori
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov