20.1.12

Rindu

Hari First Sekolah, seperti biasa perhimpunan pagi lepas itu rehat, taklimat, taklimat, taklimat, taklimat, rehat, taklimat, taklimat dan balik. '1 Hari Yang Indah'


Untuk pengetahuan saya masuk kelas 4 SAL di makmal. Makmal???

Hari Kedua, matapelajaran pertama ialah Kimia di makmal . Kimia, kelas 4 SAL + kelas 4 NAZ. Belajar. Akhir kelas baru saya tahu yang Kimia itu Chemistry. Lepas kelas Kimia, saya nak masuk kelas untuk pelajaran seterusnya tetapi saya baru tahu lagi sekali bahawa tempat saya belajar Kimia itu adalah kelas saya. PATAH HATI


Kelas ada 26 orang taksilap 10 banat yang lain banin, 2 budak baru dua-dua banin, guru kelas Cikgu Najmah, kelas kat makmal kerusikeras dan yang PALING PENTING- kelas Senyap dan Sunyi dengar bunyi kipas + cengkerik. Tak boleh fokus. Saya rindu kepada Kebisingan.

Setiap saat berada di dalam kelas tu, tak henti-henti teringat 3 Syafie.  Selama 3 tahun bersama, tiba-tiba berpisah. Perasaannya memang ANEH dan PELIK. Kenangan bersama sentiasa di ingatan. 


Sarah 
Maru 
Nashua 
Latifah 
Huda 
Husna 
Safwah 
Iman
Zakirah 
Che Siti 
Hanis 
Amirah 
Alya 
dan 
Aseeyah 

Saya rindu mereka, saya rindu 1 kelas dengan mereka dan saya rindu semuanya. 

Setiap daripada mereka, memainkan peranan yang penting dalam menceriakan kelas. Kalau seorang tak datang mesti ada rasa semacam dalam kelas terutamanya SAYA :P

Tetapi sekarang semuanya dah lain, Sarah, Maru, dan Zakirah pindah dan kitorang semua kelas lain-lain. Saya sama kelas dengan Afa dan Cyah. Dan hari ini merupakan hari last Iman kat SMIAAG, sedih sangat, ana nak kacau siapa lagi kalau bukan anti!. Lepas ni, Husna nak pindah, okay dah jangan cakap pasal dia, yeeee mungkin hari last dia muka saya adalah yang paling teruk. Saya sayang dia, kalau bukan dia, siapa lagi saya nak bersama :) 

Pertama kali dalam seumur hidup, 1 kelas mempunyai hubungan yang sangat rapat dan kelas itu adalah kelas saya. Bagai hempedu lekat di hati, Bagai inai dengan kuku dan Bagai isi dengan kuku. Saya Bangga jadi budak 1 Ibnu khatir, 2 Hassan Al-basri dan 3 Syafie. Akhir Kata,






Mungkin ada Kebahagiaan dalam Perpisahan 
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov