5.6.12

Sejak. . .

Assalamualaikum.
Kenapa sejak belakangan ni rasa macam tak kena je?!

Rasa memberontak tak tentu pasal.

Dan sentiasa rasa sebersalah setiap masa
walaupun benda itu kecil.

Dan sentiasa ada masalah control . . .

Bila buka sekolah, pasti dan wajib saya dibebani oleh kerja yang banyak.
Saya penat.
Ustaz, janganlah bagi semua kerja dekat setiausaha.
Kesian kami.

Benda yang paling saya tak boleh terima.
Esoknya nak peperiksaan, malam tu ustaz mes. saya
Ada kerja urgent kena buat sebab orang yang sepatutnya kena uruskan menghilangkan diri.
Ustaz suruh buat flyers dan kena hantar dekat ustaz esok.
Satu hapak maklumat tak ada, memang boleh buat.
Seriously, masa tu nak menangis, nasib baik mak ada.
(kerja setiausaha semua saya bagitahu emak saya, hanya emak saya sahaja yang memahami perasaan saya)
Mak saya suruh saya cakap dekat ustaz, flyers boleh siap minggu depan sebab saya peperiksaan.
Ustaz pun Okay!!

Untuk pengetahun, saya tak pandai bab design.
Tak ada minat untuk mempelajarinya.
Jadi saya minta tolong ayah saya, memandangkan ayah saya arif dalam bidang tersebut.
Ayah sayalah yang buatkan flyers.
Terima kasih ayah.
Dan sebenarnya benda ni dah terkantoi dengan ustaz, sebab ada orang terbagitahu.
ME: *BUATTAKTAHUSUDAH*

Sebelum flyers ni,
banyak ustaz bagi kerja kat setiausaha.
Secara tiba tiba kawan bagi kertas banyak & tebal tahap tinggi mengalahkan buku teks PA.
Kawan: Ustaz bagi *ALASANTIDAKDIKETAHUI*
Jadi saya jumpa ustaz.
Ustaz suruh setiausaha buat KERTAS KERJA!!
dan pamphlet.
OMG  O.o!!

Dan setiausaha juga kena buat minit mesyuarat.
Ohh, saya suka sangat jadi Setiausaha.

Sekarang saya baru siap buat pengenalan dan objektif untuk kertas kerja lain.
Mak saya terkejut, saya buat ayat sendiri.
Tapi ada sikit bantuan daripada google.

Saya harap apabila disana, Setiausaha tak ada kerja.
Saya nak luangkan masa lebih dengan keluarga angkat dan tolong orang :)
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov