Boleh dikatakan exam paling teruk pernah diambil. Bukan kertas soalan tetapi cara persediaan menghadapi exam yang paling teruk. Belajar last minutes. Minggu pertama semua bahasa, tidur macam biasa. Masih sempat tengok cerita korea pfft. Bahasa Arab lagilah belajar masa malam sikit sangat, bila pagi baru nak sumbat semuanya. Konklusi minggu pertama, mulut terasa penat sangat. Terbelit belit cakap 3 bahasa yang berlainan, 3 hari berturut turut. Oh masa hari first exam iaitu bm, saya demam ambil periksa. Memang tulis karangan tak selesa, sekejap sakit belakang, sekejap sengal sengal, dan rasa panas je.
Minggu kedua, kimia dan fizik haih haih haih. Kimia dan fizik belajar gila gilalah, bersengkang mata. Belajar, tidur dalam beberapa jam dan belajar. Belajar fizik terpaksa lompat untuk sedarkan diri. Masa kertas fizik, terasa nak muntah sebab tidur tak betul.
Pastu hari raya aidiladha, raya sambil belajar. Belajar entah apa yang masuk. Belajar nak habiskan buku je hmmm.
Minggu ketiga atau nama lain minggu TERAKHIR, sungguh semua subjek kegemaran sumbat dalam 1 minggu 4 hari berturut turut. Jumaat cuti :) Hari first matematik, subjek terlalu digemarkan sejak darjah 1. Sehari sebelum itu, tidur dalam 1 jam tak silap, dalam area tu. Memang seriously tak rasa mengantuk langsung, tidur pun terpaksa sebab mak akan marah kalau tak tidur. Esoknya Alhamdulillah, matematik mudah untuk jawab. Hari kedua, Biologi. Satu satunya subjek sains yang digemari. Sehari sebelum itu, tidur petang, maghrib dan belajar, tidur 2 jam dan belajar sampai pagi. Dahlah semua fakta, tapi nasib baik buku berwarna. Tahan mata tahan. Ni pun tak terasa nak tidur. Hari kedua Sejarah dan pqs, Sejarah my favourite subject. Sehari sebelum itu, tidur petang, maghrib dan isyak. Bangun pukul 10.30 dan belajar sampai ke pagi. Pqs Alhamdulillah boleh jawab. Sejarah kertas 2, memang hampehhh, jawab dengan menggunakan segala fakta yang pernah dipelajari dari f1 , memang diaplikasikan dengan baik ketika ini. Tulis sahaja tanpa henti dan mengharapkan jawapan betul. Tulis tulis dan tulis, dah siap then check balik. Tak tahu nak buat apa, tidur tak boleh sebab terlalu nervous kertas sejarah 1 selepas kertas sejarah 2. Hantar kertas dan keluar. Masa nak keluar semua orang pandang pelik, saya faham pandangan itu. Pertama kali mereka lihat saya keluar terlebih awal. Dan hari last Add math, haih subjek favourite jugak ni sebab dia kawan baik matematik. Hari sebelum itu, badan lemah tahap tinggi. Tidur petang, maghrib dan isyak. Bangun tengah malam, belajar sikit sebab badan terlalu lemah sangat then sambung tidur. Set alarm nak bangun pukul 2 pagi tapi terlajak bangun pukul 4.30 sebab fon habis battery, haih. Belajar tajuk yang senang faham jelah. Jawab Add Math separuh sedar, separuh melayang kemana entah. Disebabkan saya duduk depan sekali dan sebelah tingkap. Jadi tumpuan ku selalunya ke arah luar dan gelak sorang sorang tengok budak budak main bola. Sungguh dorang memang melawakkan. Ada ke patut nak jaga elakkan bola dari masuk ke gol, penjaga gol pergi baring. Gelak ku cover takut orang fikir apa.
Jangan study last minutes, mendera diri sahaja seperti diri ini. Ketika itu apa yang saya fikir hanya pelajaran dan pelajaran. Badan merana diketepikan. Janganlah jadi seperti saya, membawa keburukan je. Dan ramai orang tanya masa hari -hari exam pada diri ini "Aqilah kenapa anti banyak sangat jerawat?", jawapan "STRESS!!!" . Even my mom and dad terkejut tengok muka saya yang bertambah cantik pfft. Itulah keburukan lain. Seriously lepas exam, perghhh muka suci gila XD jerawat je yang berkurang.
Maka sekian post untuk kali ini.
p/s: saya bersengkang mata
tanpa bantuan nescafe
tidak seperti sebelum ini.
Tepuk tangan untuk diri sendiri