Assalamualaikum, Bismillah
2012 sudah sampai ke penghujungnya, Ya Allah tahun takkan dilupakan. Tahun yang mengajar erti persahabatan, erti kesabaran, erti . . .
Di saat senang, semua bersama kita tetapi di saat susah hanya orang tertentu sahaja. Ketika itu, kita boleh tahu siapa sebenarnya sahabat kita. Terputusnya tali persahabatan kerana satu kesilapan dan tidak cuba untuk memulihkannya. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah mengenai salah satu golongan yang memperoleh naungan Allah pada hari pembalasan kelak ialah dua orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah. Jadi, biarlah berpisah kerana Allah :)
Rasulullah s.a.w berpesan bersandarkan hadis oleh Bukhari dan Muslim, "Usah kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari."
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w mengingatkan, "Ketahuilah bahawa rahmat Allah tidak turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka yang memutuskan silaturahim."
Saya mempunyai seorang rakan seperjuangan, banyak salah silap telah saya lakukan. Saya selalu fikir apa yang saya buat semuanya betul dan dia tidak pernah tegur. Hinggalah satu hari, sesuatu telah berlaku. Ya Allah ketika itu segalanya di flashback. Bagaimana saya sanggup marah sedemikian? Bagaimana dia sanggup bersabar selama ini? Ya Allah, semuanya berlaku atas kesilapan sendiri. 'Syaitan akan mengemudi sifat marah manakala iman dan takwa akan menjadi benteng bagi sifat pemaaf'
Dalam hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah s.a.w berkata, "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai diri ketika marah." - Hadis ini disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim
Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud, "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan kamu berbantah-bantahan; jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang bersabar."
Kemaafan. . .
InsyaAllah akan disambungkan di lain hari dan di lain post memandangkan sekarang jam telah menunjukkan 12:12 AM dan esok kelas tambahan Add Math dan Biologi. Love The Challenge