2.7.13

Kosong

Bismillah

'Hati rasa tak tenteram disebabkan cinta (cinta berputik mahupun putus cinta), mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Ini adalah kerana hati jiwa raga kita rasa kosong. Tidak diisikan dengan benda yang bermanfaat. Terlalu banyak tempat syaitan boleh cucuk cucuk' -Ustaz yasir-

Maka bermulalah kita terlalu merasai dahaga akan kasih sayang. Terlalu inginkan cinta dari seorang insan yang lemah. Muncullah cinta pertama. Pernah saya tanyakan kepada ayah saya 'Ayah, kenapa ayah tak kahwin dengan cinta pertama ayah?' Ayah menjawab 'Cinta pertama merupakan cinta monyet' . Yup, cinta monyet.' Janganlah kamu bercinta, kalau kamu tak ingin mengahwininya' -Ustaz Yasir-

Seperti yang dilihat ada lebih daripada satu nama Ustaz Yasir, bukan untuk mengagungkan tetapi untuk ambil segala manfaat dari kata katanya. Masa mula mula ustaz cakap 'Hati kosong', memang rasa sangat sangat, seperti ditujukan kepada diri ini. Apabila dikaitkan dengan kehidupan seharian, oh. Sedih gembira kecewa bukan kembali kepada Allah, benda lain kita mencari. Buka alquran bila ada ujian. Subjek pqs menjadi subjek kegemaran untuk tidur, beranggapan agama segala benda dah pandai, konon dah sek Al-Amin sejak sek ren. Duit lebih suka dihabiskan pada novel cinta dan komik berbanding buku agama. Subjek Add math, bio, fizik dan kimia dipandang tinggi, subjek agama hmm. Nauzubillah

Apabila hati kosong segala benda yang tercela yang akan terjadi. Maka, marilah kita mula untuk mengisikannya.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov