Assalamualaikum,
Bismillah.
Dah berapa banyak kali save tapi tak publish publish lagi. Jadi mari di 2 pagi ini , kita publish.
Semalam tak terasa nervous tapi dalam kepala saya ini banyak soalan yang berputar berpusing.
"Adakah saya layak untuk masuk U yang saya pilih?"
"Adakah saya akan dipilih untuk masuk U yang bukan pilihan saya , hanya sekadar untuk penuhkan 8?"
"Adakah saya dapat mencari kawan di U nanti?"
"Adakah . . .
Saya tak tertunggu sangat hari ini, kerana saya tidak mahu rasa perasaan yang sama ketika mengambil result SPM. Ya, ketika itu sememangnya penantian itu suatu penyeksaan.
Sebelum saya tahu result SPM saya, ramai yang menaruh harapan tinggi pada saya. UPSR dan PMR saya kalahkan abang saya, jadi mereka sangat pasti saya dapat kalahkan abang saya lagi. 'Aqilah kan sekolah Al-Amin, swasta tu mestilah score' mak cik. Entahlah saya sangat rasa terbeban dengan semua ini. Dari dulu lagi saya tak suka dengan semua perkataan ini, tetapi setiap kali saya cuba cakap tiada siapa cuba untuk memahaminya.
Di sekolah, muka saya seperti budak selamba, nakal sikit dan bermasalah (bagi saya) tetapi di luar sekolah muka saya seperti seorang yang pandai sebab duduk dah KL kan lepastu sekolah swasta.
Saya teringat ketika saya buka slip, Ya Allah banyak B. Saya kelu dan tergamam. "Adakah ini mimpi?" "Betul ke ni slip saya?". Tiba tiba mak saya menangis. Oh! ini bukan mimpi, terus saya sedar mak saya kecewa dan hampa. Turunnya air mata saya selaju Usain Bolt. Anak mana tak menangis apabila melihat ibu sendiri menangis. Ketika itu kitorang berada di luar lab iaitu di tepi koridor, yang paling tak tahan hujan lebat sangat sangat. Lagi bertambah lebat air mataku. Hujan ni macam tahu je saya nak menangis. Apabila saya pandang ke arah lab melalui tingkap, saya nampak cikgu semua pandang saya. Nampak tak hebatnya saya masa tu, macam terkenal sikit. Entahlah masa tu rasa langsung tak kisah siapa yang tengok, apa yang saya fikir hanya ibu bapa saya. Ya, ibu bapa.
Ayah saya nak sangat saya jadi doktor tapi saya nak ambil engineering. Ketika itu, saya terus fikir saya betul betul tak layak untuk jadi doktor. Jadi masa tengah menangis, saya cakap 'Ayah, Qila nak ambil engineering'. Nampak tak lawak dia, cuba bayangkan.
Saya call abang saya,
Abang : Qila, dapat berapa?
Saya : 7a.
Abang : Jangan main main. Betul betul lah!
Saya : Betullah 7a.
Abang : . . .(senyap dan sunyi selama beberapa puluh saat)
Saya mengambil masa yang sangat lama untuk terima hakikat yang saya memang dapat result sedemikian. Rasa dia bertambah sakit apabila saya fikir tentang orang sekeliling. Saya sedar sampai bila lagi saya tak akan dapat terima. Kita tak akan dapat maju ke hadapan, selagi kita tak dapat terima sesuatu hakikat. Anggaplah ia sebuah kegagalan dalam kehidupan. Pasti ada naik turun dan sekarang saya tengah turun. Saya cuba untuk tanamkan rasa bersyukur kepada Allah sedikit demi sedikit. Ingatkan pada diri 'Pasti ada hikmah di sebalik semua ini' 'Inilah ujian yang Allah beri, hadapinya dan saya pasti akan belajar sesuatu darinya' '. . . '
Jangan putus asa semua orang!! Saya berasa sangat putus asa apabila dapat result dan ia sangat tak bagus untuk pemikiran kita, kita hanya perkara negatif sahaja. Teruskan berusaha. Usaha itu tangga kejayaan. Berpegang kepada kata kata itu. Allah tak suka sikap malas dan berputus asa. Sentiasa positif, positif dan positif :)