7.12.11

Depression


Depression atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan mood seseorang semakin menurun. Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.



Kajian mendapati wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2. Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius.



Tekanan adalah faktor UTAMA penyumbang ke arah kemurungan disebabkan pelbagai peristiwa hidup yang traumatik (kesedihan akibat kematian, konflik perkahwinan, penyakit serius, tanggungjawab sosial, tekanan di tempat kerja, peperiksaan selain masalah kesihatan dan kewangan), persekitaran psikososial hinggalah penyakit somatik.

Simptom-simptom mengalami kemurungan:











  • Emosi negatif.
  • Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari).
  • Perasaan tidak endah.
  • Hilang minat dan rasa seronok.
  • Perasaan sedih.
  • Rasa letih.
  • Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak.
  • Mengalami gangguan tidur.
  • Mudah sensitif.
  • Resah.
  • Keliru.
  • Kadar konsentrasi yang lemah.
  • Kesunyian.
  • Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri.
  • Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.




  • Antara cara untuk mengelak kemurungan ialah dengan merancang tugas dengan teratur, tak high expectation, keyakinan diri, banyakkan aktiviti kemasyarakatan, berusaha bersungguh dan yang paling penting kita hendaklah sentiasa tenang dan bersabar dalam menangani sesuatu permasalahan kerana ' Dan (ingatlah)Allah beserta orang yang sabar (Al-anfaal 66)'. Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28). Sekian.
    Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov