11.12.11
Tanda-Tanda Kiamat
Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan. Menurut istilah syarak hari kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula. Kiamat terbahagi kepada 2 Kiamat Kubra (Besar) dan Kiamat Sughra (kecil).
Kini tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap sempurna iaitu:
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
2. Zina bermaharajalela.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
9. Banyak wanita yang berpakaian, tetapi hakikatnya telanjang.
10. Bulan sabit kelihatan besar.
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
13. Negara arab menjadi padang rumput dan sungai.
14. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
15. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat islam.
10 Tanda-tanda Kiamat Besar:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Sekian.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov