Seorang lelaki yang soleh pulang dari Mekah dan menceritakan berkenaan seorang ibu yang berdoa memohon keselamatan untuk dirinya dan anaknya. Lelaki itu bercerita, "Sewaktu aku sedang tawaf di Baitullah, aku mendengar suara seorang wanita. Aku menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang wanita muda yang mendukung seorang anak kecil.
Ibu muda itu juga sedang tawaf sambil berdoa, 'Yaa kariim. Yaa kariim. "Ahdakal qadiim". Maksud doa itu adalah, 'Ya Tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih, aku mengharapkan janjimu dahulu'. Aku hairan mendengarkan doanya itu lalu aku pun menegurnya, 'Wahai ibu yang mendukung anak kecil, apakah janjimu dengan Tuhan?'.
Ibu itu berkata, 'Tidak berapa lama dahulu, aku naik kapal bersama para pedagang. Pada suatu malam, taufan melanda dan menenggelamkan kapal itu. Aku sempat mencapai sekeping kayu dan menyelamatkan diriku dan anakku. Alhamdulillah kami tidak tenggelam. Kami hanya terapung-apung di tengah lautan luas. Pada mulanya, aku fikir hanya aku dan anakku yang terselamat tetapi samar-samar dalam kegelapan malam itu, aku melihat seorang lelaki hitam. Dia juga terapung-apung di atas sekeping kayu.
Pada keesokan paginya, aku dapati lelaki hitam itu asyik memandang ke arahku. Kemudian, dia berusaha menghampiriku. Aku berfikir dia mahu menolong aku dan anakku. Namun, apabila dia sampai dekat denganku, dia naik ke atas kayuku dan merayuku melakukan zina.
Aku menjadi takut setengah mati, apabila memikirkan keselamatan anakku. Dengan ketakutan, aku berkata kepadanya, 'Wahai hamba Allah, adakah engkau tidak takut kepada Allah? Kita ini sedang dalam bahaya, kita perlu mengharapkan keselamatan daripadanya bukannya melakukan maksiat!' Lelaki hitam itu berkata, 'Ah, janganlah berkata begitu. Aku tidak dapat menahan diriku'.
Pada waktu itu, anakku sedang tidur nyenyak di pangkuanku. Aku mencari jalan bagaimana hendak mengalihkan perhatian lelaki itu, jadi aku pun mencubit anakku. Anakku terus terjaga dan menangis. Aku berkata kepada lelaki itu, 'Lihat anakku ini menangis. Bolehkah engkau bersabar sedikit kerana aku hendak menidurkannya. Selepas dia tidur engkau boleh melakukan apa sahaja kepada diriku'. Mendengarkan kata-kataku itu, lelaki itu kelihatan gembira dan tiba-tiba dia menjadi tidak waras. Nafsunya menguasai dirinya hingga dia merampas anakku daripada pangkuanku dan membuang anakku ke laut. Aku menjadi histeria apabila melihat anakku jatuh ke laut. Aku menjadi tidak berdaya. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memohon pertolongan Allah.
Aku segera menadahkan tangan, mendongak ke langit dan berdoa, 'Ya Allah, Tuhan yang dapat memisahkan seseorang daripada buah hatinya, pisahkanlah aku daripada si hitam ini dengan kekuasaanmu dan kekuatanmu. Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu'.
Demi Allah, sebelum aku selesai memanjatkan doaku, tiba-tiba muncul seekor haiwan yang besar dari dalam laut. Haiwan itu melompat ke arah lelaki hitam itu dengan mulut ternganga dan dalam sekelip mata ia menelan lelaki itu. Allah menyelamatkan aku dengan rahmatnya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Selepas kejadian itu, ombak membawaku ke sebuah pulau. Di pulau itu, terdapat banyak pokok buah. Aku pun mengambil buah-buah itu dan memakannya. Selepas aku berada di pulau itu selama lima hari, aku melihat sebuah kapal sedang belayar tidak jauh dari pulau itu. Aku berlari ke atas satu anak bukit dan melambai-lambaikan kainku ke arah kapal itu dengan harapan ia datang menyelamatkanku.
Alhamdulillah, orang di atas kapal itu melihatku. Mereka mendekatkan kapal itu ke pulau di mana aku berada. Sebaik sahaja ia tiba di tepi pulau, tiga orang kelasi kapal turun dan membawaku ke atas kapal mereka. Apabila aku naik ke atas kapal itu, betapa terkejutnya aku melihat anakku juga berada di atas kapal itu! Aku segera memeluk dan menciumnya sambil berkata, 'Inilah anakku, buah hatiku!'
Semua orang yang melihat gelagatku di atas kapal itu kehairanan dan menganggap aku gila. Aku mengatakan kepada mereka, 'Demi Allah, aku tidak gila'. Lalu aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi.
Selepas mereka mendengar ceritaku, salah seorang daripada mereka berkata, 'Wahai puan, apa yang anda ceritakan itu adalah sesuatu yang ajaib. Sekarang, saya juga mahu menceritakan sesuatu yang ajaib'.
'Sewaktu kami sedang berlayar, tiba-tiba muncul seekor haiwan laut yang besar yang menghalang perjalanan kami. Dia atas belakang haiwan itulah, anak itu berada. Kami mendengar satu suara yang berkata. 'Ambillah anak ini sekiranya kamu tidak mahu binasa'. Salah seorang daripada kami segera turun mengambil anak itu dan sejurus selepas itu, haiwan itu kembali ke dasar laut. Sungguh ajaib kejadian yang kami alami dan apa yang puan alami. Sejak kejadian itu, kami berjanji kepada Allah, tidak mahu berbuat dosa dan maksiat lagi. Pada hari ini, kami semua bertaubat'.
Laporan lain menyatakan doa ibu itu adalah seperti berikut:
"Ya latif, ya karim biluthfikal qadiim fa inna qalbi alal ahdil muqiim."
Kisah di atas bukanlah kisah rekaan melainkan ia benar-benar berlaku. Kisah ini terkandung di dalam Kitab Irsyadul Ibad karangan Syaikh Zaenuddin bin Abdul Aziz al-Malebary.
Sekian. Wassalam.