29.12.11

Munafik

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).


Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tetapi baru CALON munafik.






30 Sifat Munafik Yang Wujud Dalam Hati Kita:


1.  Dusta.


2.  Khianat.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.”


3.  Fujur dalam Pertikaian.
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau."


4.  Mungkir dan Ingkar Janji.
Sabda Rasulullah SAW:“Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)


5.  Malas Beribadah. 
Firman Allah SWT:“…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS…”(An-Nisa’: 142)


6.  Riya'.


7.  Sedikit Berzikir.
Firman Allah SWT:“…Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.(An-Nisa’: 142)


8.  Mempercepat Solat.
Hadith Nabi SAW: “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)”


9.  Mencela Orang-Orang yang Taat dan Soleh.


10.  Memperolok-olokkan Al Quran, As Sunnah, dan Rasulullah saw.
Firman Allah SWT:“…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”
(At-Taubah: 65-66)



11.  Bersumpah Palsu.
Firman Allah SWT: “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai…” (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
12.  Enggan Berinfak.


13.  Tidak Menghiraukan Nasib Kaum Muslimin.


14.  Suka Menyebarkan Khabar Dusta.


15.  Mengingkari Takdir.


16.  Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Soleh.
Firman Allah SWT:“…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”(Al-Ahzab: 19)


17.  Sering Meninggalkan Solat Berjamaah.


18.  Membuat Kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan.
Firman Allah SWT:“Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”(Al-Baqarah: 11-12)


19.  Tidak Ada Kesesuaian antara Zahir dengan Batin.


20.  Takut Terhadap Kejadian Apa pun.


21.  Beruzur dengan Dalih Dusta.
Firman Allah SWT:“Di antara mereka ada orang yang berkata: ‘Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.’ Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.”(At-Taubah: 49)


22.  Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan.


23.  Bakhil.


24.  Lupa Kepada Allah swt.


25.  Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT:“Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya.”
(Al-Ahzab: 12)



26.  Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin.


27.  Sombong dalam Berbicara.


28.  Tidak Memahami Islam (Ad Din).


29.  Bersembunyi dari Manusia dan Menentang Allah dengan Dosa.
Firman Allah SWT:“Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai…”(An-Nisa’: 108)


30.  Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki Terhadap Kebahagiaan Mereka.




Jika sifat diatas terdapat pada diri kita, usahalah untuk memperbaiki.










Sekian. Wassalam.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov