15.7.12

Budi

Bismillah.

Saya bukanlah seorang yang pandai dalam permainan tersebut. Tak dapat bola itu perkara biasa. Siapalah saya untuk mendapatnya. Saya tak penting. Itulah pemikiran saya pada waktu dulu. Ramai yang tak sedar dengan kehadiran saya. Saya tidak wujud.

Tetapi terdapat seorang kawan yang mengubah tanggapan itu. Seorang kawan memanggil nama saya untuk menangkap bola yang dibaling olehnya. Dia tahu saya tak berapa pandai tangkap bola tetapi dia beranikan diri untuk berikan kepada saya. Apabila saya tak dapat, she'll always comfort me. Its Okay. For the first time, Saya tak terkata apa apa kerana itu pertama kali nama saya dipanggil sedemikian. Sejak hari itu saya mendapat semangat baru iaitu untuk menjadi yang lebih baik. Sehingga ke hari ini dia masih setia memberi bola kepada saya apabila mendapat peluang. Saya terhutang budi kepadanya.

Dia banyak sangat menolong saya. Syukran.

"AQILAH! AQILAH!" saya akan sentiasa ingat panggilannya :)
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov