15.7.12

Netball Ikram Teens

Assalamualaikum,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Hari Ahad bertarikh 17/5/2012 pada pukul 8.30-12.30 telah berlangsung perlawanan netball Ikram Teens. V.V.I.P merupakan salah satu kumpulan yang menyertainya. Selain itu, f3 dan f5 tidak dapat menyertai kerana terdapatnya bengkel so kami merupakan pelajar tertua di situ iaitu f4. Kami terkejut sangat kerana Alumni batch ke-15 dan guru SMIAAG turut menyertai perlawanan tersebut. Jadi kami amat berharap sangat tak berlawan dengan 2 kumpulan tersebut. Alasan untuk guru kerana takut tak dapat berkat seorang guru apabila tertolak dan segala bagai. Keberkatan seorang guru amat penting untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Alasan untuk Alumni kerana terdapatnya Alumni yang menjadi sebutan ramai kerana kehandalannya bermain netball iaitu kak Syafiqah.

Sejujurnya saya dah lama tak main netball betul betul. Apabila semangat netball datang tidak diundang secara automatik saya main tak ingat dunia. Jatuh segala bagai cepat cepat bangun tanpa mempedulikan kesakitannya. Kaki yang sejak dari pagi sakit juga diabaikan. Lepas game tak payah nak cakaplah sakitnya terasa sangat dan semakin teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tengah game, terlanggar orang dengan bahu kanan. Tiba-tiba bahu kebas sangat sangat tak boleh gerak dan bila gerakkan sakit teramat sakit. Betapa paniknya masa ni. Seriously rasa nak menangis. Mahu tak mahu jugak paksa bahu gerak dan sambung main. Itu first time berlaku dalam hidup. Pengajaran yang kita boleh dapat adalah bersyukurlah dengan nikmat Allah dan manfaatkan nikmat itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain. Riwayat Tabrani.

First Game
V.V.I.P vs F2
V.V.I.P win ALHAMDULILLAH

Second Game
V.V.I.P vs Alumni
V.V.I.P kalah bermaruah dengan skor 5:2 ALHAMDULILLAH

Semi Final
V.V.I.P vs F1
V.V.I.P win ALHAMDULILLAH

Final
V.V.I.P vs F2
V.V.I.P win ALHAMDULILLAH takbir Allahu Akhbar!

Masa nak masuk semi final, tiba tiba pengadil cakap yang Alumni hanya tetamu jemputan. So mereka tak main untuk semi final.

Jadi konklusinya, V.V.I.P yang menang.

InsyaAllah pada masa akan datang saya akan ceritakan sejarah V.V.I.P :) rindukan kamu V.V.I.P
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov