Sesungguhnya saya dah tak tahan dengan kemungkaran yang berlaku. Dimana sahaja tempat yang saya berada dan pada bila bila masa. Rumah kedua, sekolah. Tempat menuntut ilmu, kelas. Perjumpaan. Apatah lagi di tempat lain. Yang bercouple tanpa segan silu bercakap rapat dan senyum antara satu sama lain di tempat public. Bergandalah dosa kamu. Kamu bangga ke dengan dosa yang kamu kumpulkan. Bangga kah?!!! Dunia ini sementara, akhirat yang kekal. Apabila di akhirat kelak, pasangan kamu takkan menolong kamu. Sudah bersediakah kamu menerima buku amalan di tangan kiri? Kepada kaum Adam, sekiranya kamu sayangkan diri pergilah berjumpa dengan ayahnya, berkata yang kamu sayangkan dia dan meminta keizinan untuk mengahwininya. Itu adalah sebaik-baik perkara.
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia me- ngubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman." H.R Muslim
"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat, iaitu: Apakah yang menghalang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab: Hai Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman: Engkau lebih berhak takut kepada Ku."