8.8.12

Pandangan

Assalamualaikum,

Seperti yang anda maklum bahawa tajuk buat kali ini ialah Pandangan.
Kenapa? kerana ia berkait rapat dengan cerita seorang kawan.

Dia seorang yang baik. Pada satu hari dia diamanahkan tanggungjawab dan perlu bekerja dengan seorang lelaki. Pada mulanya, mereka berinteraksi dengan muka yang serius tetapi sejak kebelakangan ini mereka menjadi semakin pelik. Setiap kali  mereka berinteraksi mengenai kerja, orang lain akan salah faham dengan mengatakan yang mereka sedang berbual kosong. Ini kerana mereka kelihatan mesra. Kawan saya bertanyakan kepada perempuan itu apa yang mereka bincangkan? Dia pun menjawab, mengenai kerja. Kawan saya memberitahunya tentang orang lain salah anggap. Dia agak terkejut lalu dia berkata, 'Saya dah lama kerja dengan dia tetapi sejak akhir akhir ini saya perasan dia semakin pelik, menjadi mesra. Pada mulanya rasa tak selesa tetapi bila lama lama secara tidak sedar saya bercakap dengan dia macam kawan'. Dia baru sedar kemungkaran yang berlaku. Dan sejak hari itu, dia sering berkata pada kawan saya yang sekiranya kalau dari dulu dia tundukkan pandangan apabila berinteraksi dengannya, pasti perkara ini takkan berlaku dan dia menyesali perbuatannya. Dia berazam yang dia akan cuba sedaya untuk jauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Firman Allah lagi, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya….” (Surah An-Nur, ayat 30-31)

Abdullah b Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

 Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a., “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). Pandangan (pertama) itu boleh buat kamu, tapi tidak dengan pandangan selanjutnya. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

"Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah SWT." ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov