Dulu saya selalu beranggapan bahawa orang yang masuk tahfiz atau digelar hafiz / hafizah adalah orang yang baik, menjaga ikhtilat, sentiasa beribadah kepada Allah, tundukkan pandangan, dan sebagainya. Al-quran sentiasa disisinya. Memang saya pandang tinggi terhadap mereka. Siapalah saya kalau dibandingkan dengan mereka. Tetapi ada seseorang yang membuat saya sedar bahawa mereka juga adalah manusia biasa. Manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa.