Dahulu
Besarnya handphone boleh dibaling ke arah anjing dan menyebabkan berlakunya kematian - Ini yang sering diperkatakan oleh orang-orang tua. Benda yang paling tabik ialah ketahanan! Walaupun setelah dicampak beribu ribu kali ianya masih berfungsi dengan baik. Handphone bukan satu keperluan bagi mereka. Sekiranya mereka ingin berhubung dengan keluarga atau saudara yang berjauhan, mereka akan berutus surat.
Dulu dulu zaman tok kaduk internet mana ada meh. Tapi zaman mak ayah saya dah adalah. Mak saya cakap, dulu kalau nak cari maklumat, kena cari ATAS USAHA SENDIRI. Pergi tempat itu ini. Internet Terhad. Bila kerja yang dibuat kena puji, rasa bangga dengannya HASIL KITA SENDIRI. Dan apa kes dulu pakai internet!
Sekarang
Jenisnya tidak menentu mengikut peredaran zaman HAha. Tapi yang saya nampak semakin lama handphone semakin nipis dan besar. Kualiti ikut jenis phone kot. Bagi saya yang memang satu keluarga guna nokia, jadi nokialah yang terbaik dari segi tahan lasak. Seriously!! terjatuh atau sengaja jatuh tak heranlah sebab ianya akan masih sihat walafiat. Ku percaya padamu Phone! *dalam hati*.Saya sarankan beli kat centre dia, ORIGINAL. Harga dia mahal sikit berbanding dengan harga kedai luar tapi sekurang kurangnya kita tahu itu ori dan sebarang masalah dengan phone tu boleh terus bawa kat centre dia. SIMPLE. Yang kat luar tu entah mana dia dapat phone tu, tak dapat dijamin. Phone merupakan satu keperluan. Sekiranya seorang pelajar sek. men tidak mempunyai phone, ianya pelik. Maka untuk berhubung dengannya adalah sangat sukar. Apatah lagi orang yang bekerja. Berutus surat adalah sangat jarang berlaku. Masa hari raya kalau tiba-tiba rajin nak bagi surat, bagi kawan terdekat - bak kata orang muda Face to Face. Manakala yang lain sms, lagi better dari takada Heh.
Internet mak aih kat bandar boleh dikatakan sangat diperlukan. Di sekolah cikgu bagi tugasan kepada murid cari itu ini dan sebagainya. Benda yang dicari itu boleh mudah didapati dengan internet. Nak tahu something tak?! Kenapa kadar jenayah semakin meningkat? kerana adanya internet. Mereka melakukan jenayah dengan berpandukan aksi yang terdapat di internet. Selain itu, seperti yang anda tahu terdapatnya laman sosial seperti Facebook, Twitter etc. Remaja dapat “bersembang” dengan sesiapa sahaja tanpa terlebih dahulu mengenali orang berkenaan. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang sebarang hal. Hasil daripada chatting ada kalanya membawa kepada pertemuan antara pasangan yang pernah berchatting dan hal ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. Akibatnya, ada membawa kepada berlakunya zina. Seterusnya, di laman sosial kita dengan mudahnya boleh upload gambar. 'WANITA ADALAH PERHIASAN DUNIA TERINDAH'. jadi marilah kita sama-sama menjaga perhiasan tersebut :)
Sekian. Selamat Malam :)