30.8.12

Salah

Bismillah.

Kadangkala dengan mengundur diri itu dapat memberi kebaikan kepada semua. Kalau selalu kita sahaja pun tak boleh. Jadi izinkan saya mengundur diri :)

Jadi saya sudah mengundur diri dan saya merasakan masalah saya telah selesai. Tetapi SALAH!! ianya bertambah parah. Perkara yang tak dijangka, memang tak pernah terfikir telah berlaku. Saya rasa sebersalah sangat. Pada mula saya anggap yang ini bukan salah saya. Tetapi bila saya fikir balik, ini semuanya berpunca dari saya. Saya Ye SAYA. Berkata benarlah walaupun ianya pahit :') Ianya berlaku dengan cepat, tak sempat untuk menghalangnya dari berlaku. Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuannya. Sejujurnya saya tak boleh fikir apa apa bila berlaku perkara tersebut. Maafkan saya. Tiada sesiapa inginkan perkara ini berlaku. Apabila Allah menghendaki adanya sesuatu, maka adalah dia, sebaliknya apabila Dia menghendaki lenyapnya sesuatu, lenyaplah ia. Hidup tak selalunya indah,laut tak selalunya tenang dan hari tak selalunya cerah..setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov