Semakin lama saya semakin lemah. Lemah untuk menghadapi. Kadangkala saya rasa seperti mahu putus asa. Tapi siapa saya untuk mengeluh dan berputus asa begitu. Tujuan saya diciptakan oleh Allah adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah. Allah bagi kita ujian dalam pelbagai bentuk. Kita kena redha dan sabar menempuhinya. Jangan mengeluh. Allah sedang menguji keimanan kita. Kadang-kadang kita lupa kita jauh daripada Allah. Lalai menjaga hubungan kita denganNya. Sebab tu jangan tanya kenapa kita lemah bila ujian menimpa. Dunia hanya tempat untuk menjalani ujian, baik kesenangan mahupun kesusahan. Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian :')
Saya berpegang kepada kata kata ini :
Rehatlah sepuas puasnya di Syurga kelak :)