Bismillah
Pada mulanya saya maafkan. Tetapi semakin lama, semakin saya tak tahan. Saya cuba pujuk hati untuk memaafkannya tetapi tidak boleh. Anda telah mempergunakan saya, Aqilah kenapalah kau lurus sangat! dan telah memalukan saya depan orang ramai. Saya benci kerana anda memperlakukan saya begitu dan saya tak tahu nak letak muka saya dimana, Saya malu sangat. Saya tak kisah kalau anda tak menghargai kerja saya, tetapi sekurang-kurangnya terima saya sebagai salah seorang dari mereka. Saya hanya mampu tunduk dan tahan malu ketika anda sedang sibuk memalukan saya di depan semua orang. Saya dengar beberapa orang ketawa, sakit sakit sakit. Setelah itu, anda berkata 'Aqilah, jangan terasa tau', saya berkata dalam hati 'Maaflah, tetapi saya telah terasa'. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menceritakan kepada ibu saya. Ketika menceritakannya, saya tahan air mata dari mengalir, Aqilah tak boleh lemah. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa: 148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (An-Nisaa: 149). Saya akan cuba untuk memaafkannnya. Al-Hujurat [11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain……