Bismillah,
Saya bersyukur sangat saya bersekolah di Al Amin dari sekolah rendah. Disana tidak rasa kosong, hampir setiap hari diri ini diperingat tentang agama Islam, tidak perlu susah untuk mencari. Pelajar dan guru memakai pakaian yang menutup aurat, perempuan bertudung labuh dan lelaki yang berkopiah. Islam dimana mana.
Seperti saya katakan saya sekolah dari sekolah rendah, darjah 1 sampai sekarang. Kalau saya kata tak bosan kat situ, itu menipu namanya. Saya rasa kalau saya tutup mata, InsyaAllah saya boleh berjalan seperti biasa tanpa melanggar tiang. Dari mula-mula padang ada sehinggalah padang tak ada. Pokok pokok besar yang berada disekeliling padang dijadikan tempat "rehat sebentar bersama kit kat". Padang yang luas rasa puas berlari dan kehijauannya membuatkan hatiku tenang. Setiap petang kami akan menjadi pemburu, memburu belalang disemak semak. Apabila kami menjejak kaki disemak, belalang melompat lompat, terus tangkap dengan tangan dan buka dengan perlahan lahan agar tidak melompat tetapi hampeh belalang tak ada. Takpa kegagalan sekali tak bermasud kita akan gagal untuk selama lamanya, mari kita berganding bahu untuk mencapai matlamat kita. Itulah kisah pemburu belalang. Setelah hujan tidak lagi membasahi bumi ini, kami sekali lagi menjadi pemburu. Pergi ke lopak air di depan bengkel dan melaksanakan tugas sebagai pemburu dengan JAYAnya. You know what I mean! Pemburu berudu. Budak budak mana kenal erti geli menggeli pfft. Dulu kawasan itu bersih, jadi berudu selalu ada kat situ tetapi masa tahap 2 dah semakin berkurang dan sekarang dah tak ada lagi. Lepas dah tangkap, simpan dalam bekas dan tinggalkan dimerata rata tempat sebab mak tak beri keizinan untuk membawanya pulang. Keesokan harinya dah lupa langsung pasal berudu. Maka, berudu itu meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang . . .Maafkan saya *bow. Oh okay dah terpesong sikit, kembali ke tujuan asal.
Lepas PMR, saya ada memasang hasrat untuk berpindah ke sekolah lain. Bila mak tanya nak sekolah mana?, fikir fikir dan fikir sampai sekarang masih tak terjawab soalan itu kerana Hanya Al-Amin sahaja yang memenuhi citarasa saya. Bukan Asrama dan Sekolah Agama sepenuhnya. Saya nak pindah sebab pemandangan saya tak meluas dan otak tak berkembang dengan majunya pfft.
Saya tersedar setelah baca post di blog senior. Mereka mengatakan, mereka sering berasa kosong dan hati sentiasa dalam kegelisahan kerana tiadanya orang yang memperingatkan Islam atau menyampaikan Islam itu sendiri. Mereka terpaksa mencari untuk mendapatkannya. Tetapi ada juga yang tersilap langkah selepas keluarnya dari Al Amin SEMOGA SAYA DIHINDARKAN DARI PERKARA ITU. Mereka juga hadapi ujian yang besar di luar sana sampai saya rasa macam nak kekal muda dan sentiasa berada di Al Amin tetapi apakan daya untuk berbuat demikian. Beringatlah sebelum 5 perkara, Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati.
Setiap kali saya lihat remaja yang tidak bertudung, pakaian yang tak cukup kain dan sebagainya. Saya akan bertanyakan kepada diri saya "Apakah yang akan terjadi kepada diri saya sekiranya saya tidak ditakdirkan bersekolah di Al-Amin?".Apabila lihat kanak kanak yang diajar memakai pakaian yang tidak elok, Nauzubillah. Saya sayang mak dan ayah saya kerana bersekolahkan saya di Al-Amin tetapi saya lebih sayangkan Allah kerana Allah yang mengaturkan segala galanya.
Tahun depan tahun terakhir persekolahan di Al-Amin. Saya masih belum bersedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada Al-Amin. Dah berhenti berbicara tentang perpisahan.