29.9.12

Tidak!

Diriku bertanya

"Apa yang akan ku hadapi di esok hari?"

"Adakah saya mampu?"

"Adakah ia perit?"

Dan ketika itulah kenangan datang tanpa diundang

Diriku berkata

"Alangkah indahnya kalau ku dapat kembali ke zaman itu"

Diriku rasa lemah,
Tidak terdaya untuk meneruskan perjalanan.
Tidak bolehkah kalau saya mengundur?

Ku berhenti seketika
dan berfikir sejenak

Adakah dengan mengundur akan mendekatkan diriku kepada Allah?
Adakah dengan mengundur akan membawaku ke syurga?
Adakah dengan mengundur akan terlaksananya tanggungjawab saya sebagai khalifah?
Adakah dengan mengundur akan menyelesaikan masalah?
Adakah dengan mengundur akan menjadikan diriku lebih baik?
Adakah dengan mengundur akan terciptanya memori baru?
Adakah dengan mengundur akan membuat diriku mengenal erti kesusahan?
Adakah dengan mengundur akan menjadikan diriku hamba yang bersyukur?
Adakah dengan mengundur akan tercapainya impianku?

Pelbagai persoalan dilemparkan

Diriku bertanya
"Adakah saya akan mengundur?"

"TIDAK AKAN SESEKALI"

Bersiapkanlah diri untuk menghadapi ujian Allah yang akan datang. Kita mampu menghadapinya. You are stronger than you think!

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)" 
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov