“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” (Surah al-Hadid, ayat 23)
Cuba anda bayangkan. . .
Anda diuji dengan ibu memaksa anda untuk berpindah sekolah atas sebab anda menjadi semakin teruk di sekolah lama tetapi anda tidak mahu kerana itulah tempat anda menimba ilmu sejak dari darjah 1.
Anda diuji dengan kawan rapat tiba tiba meninggalkan anda tanpa sebab dan anggap seperti tidak pernah kenal sebelum ini.
Anda diuji dengan menyukai seseorang dan setiap masa teringat kepadanya. Satu hari tak jumpa diri rasa resah gelisah
Anda diuji dengan tidak mempunyai bakat dalam bola tetapi anda terpilih kerana tidak cukup orang dan anda hanya masuk semata mata untuk memenuhi tempat.
Sebenarnya ini contoh yang mudah. Tetapi ingatlah kalau anda rasa ujian anda berat sesungguhnya ramai lagi di luar sana yang lebih berat ujiannya.