Dah buka sekolah! Dah mula belajar! Cuba mula untuk hias kelas! Sedaya upaya untuk excitedkan diri tetapi dengan memaksa buatkan diri ini lebih memberontak. Memberontak kerana tak sanggup nak akhiri bersekolah di Al-Amin. Ya Allah suka dan duka di Al-Amin banyak memberi pengajaran kepada diri ini.
Bismillah, sejak kebelakangan diri ini rasa loya apabila namanya disebut. Mungkin kerana namanya tidak berhenti disebut sejak dari akhir tahun 2011. Dan kadangkala apabila saya tak boleh berfikir dengan betul atau stress dengan secara tak sedar saya akan bercerita tentangnya, Astaghfirullah.
Dulu saya sering bertanyakan 'Kenapa saya selalu dengan dia?', tetapi siapa saya untuk bertanyakan sebegitu. Tetapi setelah apa yang berlaku, akhirnya saya sedar. Disebalik semua ini, ada hikmahnya.
Perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan :)