Alhamdulillah, akhirnya dapat mengupdate blog setelah sekian lama TM buat hal. *lenggokkkan badan ke kanan dan ke kiri*
Ya Allah, rasa rindu ini menusuk kalbu. Hati ini membuak buak kerana menahan rindu yang setelah sekian lama. Rindu pada mu sayang, hatiku hatimu~ Saya jatuh cinta padamu pada pandangan pertama, ku tak dapat berfikir dengan waras kerana kamu. Netball kenapa kamu buat saya menjadi begini? Hajat ku sebelum cuti sekolah, iaitu ingin NETBALL-ing selepas meeting WAFA, tetapi tak pernah kesampaian kerana tak balik , lepak kat jimad. Then, bila time wafa netball di batalkan. Ketika itu, hati ku menjadi cebisan halus, ku kutip dan cantumkan semula menggunakan gam gajah. Hati ini diletakkan semula ke tempatnya, tetapi itu tidak bermakna luka dalaman dapat dibaik pulih dengan gam gajah. Gam gajah mungkin dapat memperbaiki yang luar tetapi yang dalam. . .
Dan pada hari ini, rasa rindu ini sehingga setiap kali ingin belajar teringat pada netball. Lemah semangat ku. Setiap kali ingin berjalan sekitar sekolah teringat netball. Lemah kakiku. Setiap kali ingin menghirup udara pagi yang segar teringat netball. Lemah jantungku. Setiap kali ingin menulis teringat netball. Lemah tanganku. Setiap kali ingin tidur teringat netball. Lemah mataku. Setiap kali ingin makan teringat netball. Lemah mulutku. Setiap kali ingin mendengar taklimat teringat netball. Lemah telingaku. Setiap kali ingin melihat wajah di cermin teringat netball. Kecomellan ku tetap menyerlah :)