Kadang kadang tertanya 'Apa sebenarnya diri ini buat di rumah?'
Walaupun masa ini diisi dengan baik dan teratur tetapi ianya lebih kepada paksaan atau arahan atau sesuatu yang saya sendiri set di minda.
Bangun dari tidur terus keluar jadual dalam minda.
Kadang kala saya rasa lemas.
Mungkin kerana saya tidak biasa. Selalunya saya pergi ke sekolah. Belajar. Bergurau senda dengan kawan kawan. Makan di kantin. Lari atas rumput atau simen yang dikelilingi pemandangan. Jalan bersama kawan kawan. Ambil wudhu di tandas. Setiap masa pandang muka insyirah, aseeyah, safwah, fatin dan tak lupa jugak pintu. Tekan dan cabut suis kipas. Marah orang yang tak tutup pintu rapat. Gaduh dengan banin. Solat berjemaah di surau. Kelas ber-aircond. Serap sinaran cahaya matahari. Bunyi hujan dan basah lencun. Pergi jimad, pasar malam dan kedai. Dengar kawan sebelah bercerita tentang anime yang tiada pengakhiran meskipun saya tak faham. Berjemur di gelanggang. Makan pizza bila jamuan, entah kenapa pizza tu rasa sangat sedap. Bercerita tentang cerita korea. Tunggu di luar kelas bila kelas ustaz yasir.
Paling rindu perlian ustaz yasir. Perasaan malu ketika itu masih segar di ingatan.
'Aqilah kenapa kamu pandang kaki Amar?'
Ketika itu mata saya yang sememangnya pandang tempat lain, terus pandang kaki Amar dan turut disertai pelajar lain. Ditambah malu dengan ketawa perlahan dari banin.
Oh, baru saya sedar itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar di Al-Amin selama ini. Jauh sangat beza dengan sekarang.
Sekarang saya hanya gelak bila saya layan drama, variety show korea, itulah sumber ketawa. Makan apa sahaja yang dihidang. Pandang televisyen. Saya teringat lagi ayah saya cakap ' Kenapalah pergerakan aqilah ni slow sangat...'. Selalunya ayah saya akan sambung 'kurang exercise' tetapi disebabkan saya exercise jadi ayah saya pun sambung' ..ni mesti sebab kurang matahari'. Terus saya tersedar dari lamunan pehhh. Baru saya perasan cahaya matahari di rumah lain dari di luar yang direct terpancar atas kepala.
Saya tak bosan duduk di rumah kerana sejak sebelum SPM, saya tanam dalam diri yang saya takkan bosan di rumah. Saya beranggapan perkataan 'BOSAN' itu sendiri adalah negatif, jadi ia dengan serta merta akan hancurkan percutiaan yang setiap saat itu sangat bermakna. Mak saya pernah kata kepada saya 'Inilah cuti yang paling panjang'. Maka, saya akan buat hampir segala segalanya yang akan menjadi kenangan di masa hadapan.
Lagi satu kena sentiasa ingat, dulu kita selalu mengeluh penat dan nak sangat SPM berakhir dengan cepat. So , SPM pun dah habis, jadi marilah kita nikmati saat ini. Bersyukurlah atas nikmat ini, mungkin lepas ini susah untuk kita mendapat nikmat seperti ini lagi.
Saya dapat idea ketika SPM iaitu sebuah DIARY. Memandangkan perjalanan saya sebagai seorang pelajar al-amin hampir berakhir ketika itu dan saya takut yang saya akan lupakan perjalanan itu. Maka, saya adakan sebuah diary untuk segala kenangan itu. Setiap kenangan sangat berharga, kita kena semat dengan rapi dalam diary. Agak seronok jugak bila baca balik. Ada sedikit penyesalan kerana saya baru mempunyai diary selepas 17 tahun saya hidup di dunia ini yang penuh cabaran.
Setiap hari yang kita lalui tidak akan berulang lagi.
Selamat bercuti ya TEMAN TEMAN!!