31.8.14

Assalamualaikum, bismillah

Jadi inilah dia, Saya sudah bergelar pelajar universiti. Keputusan test pertama saya di universiti sangat teruk, sampai ada satu ketika itu saya nak putus asa. Putus asa dengan segalanya. Kenapa saya dapat result sebegitu?, kenapa saya rasa macam seorang yang loser?, Kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa. Saya dapat kertas bio, pegang dan terus menangis , ye dalam kelas. Kenapa saya rasa susah sangat nak hidup?, Kenapa semuanya tak menjadi dengan saya? Kenapa semakin lama semakin teruk?. Masa tu , saya cuba pujuk dengan kata kata saya sendiri seperti yang saya selalu buat, tapi semua tak menjadi. Saya menangis , menangis, menangis, menangis, menangis dan menangis. 

Saya rasa sangat gagal dalam hidup. Mak dan ayah saya nak sangat saya jadi doktor, tetapi saya tak boleh. Bukan saya tak nak, tapi cuma tak boleh. 

Seminggu selepas itu, saya dapat tahu kedudukan saya dalam kelas. Ketika itu, saya tak mampu nak menghadap , pandang, lihat kawan sekelas. Saya rasa sangat malu.

Saya tak mampu nak berdiri semula. Saya jatuh kebawah sangat, sampai saya tak tahu nak bangkit semula.

Sejak itu, saya jadi terlalu stress. Stress sangat sampai saya susah nak hadam pembelajaran. Bila saya balik rumah, saya kunci pintu, campak barang dan menangis. Saya tak pernah rasa seteruk ini, 

Tapi baru baru ni saya ada usrah, antara kata katanya yang buat saya sedar ialah 
"Kita selalu sangat nak mengembirakan hati mak ayah kita tetapi kalau dengan Allah pernahkah kita terfikir untuk menggembirakan-Nya?, kita hidup bukan untuk gembirakan mak ayah sahaja tetapi kita kena gembirakan Allah. Gembirakan Allah adalah dengan menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain" Ketika itu, saya fikir balik, betul juga, selama ini saya belajar hanyalah untuk menggembirakan mak ayah dengan dapat result yang baik. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang gembirakan Allah, google aja :)

dan kata kata kakak usrah yang lain ialah "Apa yang berlaku, kita kena berbalik kepada Allah" "Mengejar sesuatu kena ingat Rasulullah dan Allah"

Ya Allah, sesungguhnya manusia itu memang mudah lupa, kalaulah tiada orang yang akan mengingatkan kita pasti kita sudah berada dalam kesesatan. 
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov