19.5.15

Adakah kenangan yang saya simpan ini sama dengan mereka? 

Tempat yang sama, Al-Amin. Masa yang sama, tahun yang sama, bulan yang sama, hari yang sama. Persekitaran yang sama, langit yang sama, kedudukan matahari yang sama.

tetapi adakah mereka ingat sama seperti yang saya ingat?

Selama ini kenangan itu terlalu berharga bagi saya, saya harap sangat ia takkan hilang sehinggakan saya tulis setiap dialog setiap perbuatan dalam diari saya. 

Meskipun banyak pergaduhan berlaku, tetapi saya tidak pernah simpan ia sebagai kenangan buruk. Ini kerana bagi saya segala kenangan sepanjang menjadi pelajar sekolah itu adalah indah. 

tetapi adakah saya seorang sahaja yang anggap pergaduhan itu indah? 

Saya tahu meskipun tempat masa semua sama, tetapi kenangan kita takkan sama. Saya baru sedar. Belajar lepaskan sikit sikit Aqilah
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov