Alhamdulillah, Allah hadirkan kawan kawan yang riang dalam group posting medicine kali ini selama 7 minggu.
Sebelum start posting medicine, saya dah resah takut symptom datang balik.
Kalau symptom datang balik, saya tak tahu apa yang saya bakal lakukan sebab saya tahu saya takkan dapat kawal diri.
Cuma ada dalam beberapa minggu, saya tahu 'ia' datang, tapi saya tahan. Dalam diri 'Tahan qila, jangan layan tolong jangan layan dan jangan buat benda bodoh'
dan allah hadirkan kawan kawan yang kelakar
saya banyak gelak
Terima kasih banyak banyak
dan makanan rohani dari apa yang berlaku
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Matan hadith :
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
]صحيح مسلم , كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ , بَاب " الْمُؤْمِنُ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ ", حديث رقم 2999[
Pengajaran Hadith :
1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih Muslim
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
(Copy paste from Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)