25.11.12

Bermakna

Assalamualaikum,

Maka Selamat Dilahirkan buat diri ini. Terasa 'awal' bagi ucapan ini. Tahniah kerana semakin MATANG!!! Bhahaha Semakin tua bukannya bermaksud semakin matang. Tanggungjawab semakin lama, semakin berat. Hanya dengan cara anda dapat selesaikan masalah itu, anda akan semakin matang.

Ketika sedang menyiapkan kerja yang tak tersiap sama seperti rakan rakan yang lain, tiba tiba phone ku bervibrate, buka dan tak dapat nak terangkan perasaan ketika itu, terharu? gembira? sedih? dan selepas itu di Fb , twitter dan blog.

Seriously di pagi buta buta terharu sangat, tahan diri ini dari menangis. Dalam seumur hidup saya, ini pertama kali saya suka sangat jadi TUA. Tua itu sangat MENYERONOKKAN. Ucapan dari kawan kawan sangat membina diri? melawakkan? menggembirakan hati? menyedarkan diri? tak tahu nak terangkan macam mana.

Kawan kawan sekelas, sebaya, setua, semuda, sehati, sejiwa, sejiwang, dan se se se se RED RED RED hye taylor swift :) Terima kasih atas ucapan yang tulus dari hatimu. Yang saya tak se se se sempat reply, janganlah ambil hati, phone saya nak kena bar dah :'( Saya terharu dengan ucapan anda sama seperti yang lain :) Sebab saya tahu hanya kawan kawan saya yang akan bagi ucapan panjang lebar, yang sanggup korbankan kredit nyawa post komen tweet dan yang penting KEIKHLASAN bukan atas cabar mencabar dan paksaan. Hahaha cakap macam baru lepas kena.

Oh saya lupa nak bagitahu birthday saya hari JUMAAT, hari yang mulia. Setelah beberapa tahun menunggu di hari jumaat yang membawa keberkataan :)

Hari jumaat ada meeting, tak dapat datang sebab tadika kepunyaan mak saya ada konvo pada esoknya iaitu hari sabtu. Jadi hari jumaat tu kena tolong pasang sana dan sini. Hari jumaat keluar awal pergi tadika di Rawang untuk ambil barang dan selepas itu pergi ke UNISEL tempat dimana akan diadakan konvo. Di tadika, kerja hanya tangkap gambar gambar dan gambar. Budak budak pantang jumpa kamera mesti segala aksi nak dibuatnya hahahhaha.

Ada suatu ketika, budak budak tu dikumpulkan dalam satu bilik, senang cikgu nak kawal. Tiba tiba my mom paksa saya masuk bilik tu, my mom suruh tangkap gambar. Saya peliklah, saya tak nak masuk sebab saya boleh je tangkap gambar dari luar dan my mom tolak saya. Tiba tiba (lagi sekali) my mom suruh budak budak tu nyanyi lagu 'Happy Birthday'.

Happy Birthday to you~
Happy Birthday to you~
Happy Birthday to Kakak Aqilah~
Happy Birthday to you~

Terharunya, itu pertama kali dinyanyikan oleh orang selain keluarga saya sendiri. Saya tak sangka mak saya boleh ingat birthday aqilah walaupun busy. Itu first kejutan untuk hari jadi saya :)

Selepas itu, saya dan keluarga saya pergi UNISEL. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya, yang begitu rindukan UNISEL.

Jadi konklusinya, walaupun hari jadi tidak disambut dengan kek yang sedap dan mahal, hari jadi saya pada 2012 adalah sangat bermakna :) Ini pertama kali saya rasa seronok sangat masa hari jadi. Sejak dari kecil saya bencikan hari jadi saya, sebab yang membezakan hanya ucapan 'happy birthday' daripada keluarga dan yang lain semua sama macam hari biasa, hanya terperuk dalam rumah. Saya sangat cemburu orang yang tarikh lahir masa hari persekolahan, sebab kawan rapat akan adakan suprise untuknya. Apakan daya orang yang lahir bulan 11. Hahaha sampai saya ada simpan hajat nak lupakan hari jadi saya untuk selama lamanya.

Selain daripada ucapan yang begitu bermakna dari kawan kawan yang susah senang bersama, Yang menambah sebak di dada ini adalah First time my mom bagi saya hadiah untuk hari jadi saya tanpa saya perlu memilihnya :) Ya Allah, rasa nak menangis ketika itu. Pemberian dari ibu sendiri adalah sangat bermakna.

Maka, ia merupakan FIRST TIME bagi saya pada tahun ini :) Hari jumaat merupakan penghulu segala hari bukan?
Nurdina Aqilah Zainal, 23 Nov