Bismillah, Assalamualaikum :)
Pagi yang sengaja diharubirukan. What time is it? 1.38 AM pfft
Memandangkan dah pagi, hari ini ada meeting. Pemikiran berserabut. Sebenarnya baru lepas siap kerja. Dah. . . dapat maklumat pukul 12.30 macam mana tak siap lambat. I'm waiting just waiting. Sementara menunggu melayanlah lagu Asfan-Terhenti Di Sini. Andai kau dapat memahami, bahawa aku menanggung semua ni. Lirik yang sentiasa bermain di fikiran.
Dari lirik tersebut yang boleh saya rumuskan, keperitan atau kepayahan hidup yang dialami oleh A dan mengharapkan B dapat memahaminya. Apabila B dapat memahaminya, dia akan cuba sedaya upaya untuk membantunya dan elakkan dari menyusahkan A. Selain itu, B akan sentiasa memberikan kata-kata semangat atau peringatan kepada A dalam meneruskan kehidupan. Lirik ini seolah olah menggambarkan . . .
Orang yang teruk bagi saya ialah kesalahan yang dilakukannya, orang lain yang tanggung. Lebih teruk tak ada keinsafan atau kesedaran diri. Teruk Teruk Teruk. "Ada ke orang macam tu?" Ada, baru tadi saya jumpa.
Saya perlukan pertolongannya, dengan menjawab soalan yang saya ajukan memandangkan saya banyak ketinggalan. Dia okay je, sedia membantu. Tiba saat klimaks, dia tak jawab. Soalan itu dibiarkan dan dibawa pergi oleh angin. Dalam hati ingin sahaja memaksa dia untuk jawab. Tetapi itu lebih merumitkan keadaan yang sememangnya sudah rumit. Apakan daya, dia tidak sudi menjawab. Tindakan dia, saya labelkan sebagai melarikan diri kerana dia gemar melarikan diri dalam apa jua keadaan. Face it, people!