Oh Okay lambat.
Bismillah
Assalamualaikum :) Hari cuti dimana kanak kanak yang comel keriangan 'menyambutnya' manakala kanak kanak matang struggle dengan cabaran hidup dan buku buku yang hebat.
Sejak kebelakangan ini agak terkejut dengan perubahan mendadak pada diri ini. Bila bosan secara automatik tangan mencapai buku bio / fizik dan baca baca baca baca baca. Adakah ini dinamakan cinta? dan kenapa 2 buku sahaja yang boleh dicapai? Adakah kerana tangan terlalu pendek?
Saya hampa sedih terguris tetapi sepatutnya saya bergembira dengannya. Sepupu saya (belah ayah) dapat 10 A dalam SPM. My mom minta saya dapatkan seboleh bolehnya 11 A. So ceritanya begini. Keluarga belah ayah saya ada 10 adik beradik, ayah saya anak ke 9 bayangkanlah betapa ramainya sepupu saya. Dan hanya hanya hanya! ayah saya yang sekolahkan anak anak yang cantik, handsome, comel segala bagai di sekolah swasta. Jadinya, ia bagai satu 'kesalahan', maybe. Semua macam 'yelah yuran mahal bla bla bla bla' 'Memanglah anak pandai sebab sek swasta bla bla bla bla'. My family was like tutup mulut. Itulah situasinya.
Akhir kata, my mom " Sepupu 10 A, aqilah takkan tak boleh. Aqilah kena dapatkan tak kurang dari 8 A. Kalau keputusan Aqilah teruk, semua akan kutuk sekolah swasta " Sekolah Swasta = Al-Amin
Senyap, terkedu.
Dalam fikiran bermain satu soalan
'Pelajaran apa yang saya dah ulangkaji?' Takda
Jadi di sini, saya ingin menyeru
Ayuh! Kawan kawan mari kita bersama sama menjayakan Kempen Membaca yang dianjurkan oleh diri sendiri