Bismillah
Assalamualaikum,
Hipokritnya saya, hampir kesemua senyuman dan gelak tawa ku ini dibuat buat. Entah kenapa kerana terlalu kecewa dengan rakan dan seseorang akhirnya saya rasa seperti saya tak ada perasaan dan tak ingin sebarang perasaan wujud dalam diri ini. Rasa dari mereka seperti ditikam tikam, terlalu sakit. Ada yang cuba ini menyakiti hati ini, tetapi saya tak rasa apa apa. Apabila saya gelak dengan lawak mereka, dalam beberapa saat saya akan tanya kepada diri ini 'Apa yang baru saya gelakkan?'
Saya kecewa dengan rakan rakan kerana kenapa setiap kali kita berjumpa, anda akan berbincang tentang kerja dengan rakan anda? Kenapa anda terlalu sibuk? Anda tak masa ke walaupun hanya untuk bertegur sapa? dan setelah beberapa puluh kali berlaku sebegini , saya tertanya 'Kenapa kita pernah berkawan? kini kita sama seperti masa sebelum kita berkenal. Bukankah mudah sekiranya kita tak berkawan? tak ada mana mana pihak yang terluka'
Setiap kali kawan kawan berbincang tentang kerja, saya menjerit sekuat hati dalam hati! Saya tak nak dengar satu perkataan pun.
Kini, saya lebih menghargai kawan kawan yang tegur sapa saya, berbual dengan saya, memahami saya, berada disisi saya walaupun hanya sekejap. Setiap detik bersama sama mereka sangat berharga. Hanya dengan pergi ke Koppaa sebelum pergi ke kelas tambahan, rasa bahagia tak terkata :) tiada pasal kerja hanya berbual tentang cuaca dan sedikit lawak hambar hahaha